CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 792|Reply: 0

[Terengganu] Ibu tunggal, anak perempuan makan nasi berlauk garam, catu makanan akibat kemiskinan

[Copy link]
Post time 28-7-2025 03:44 PM | Show all posts |Read mode
Ibu tunggal, anak perempuan makan nasi berlauk garam, catu makanan akibat kemiskinan

Baharom Bakar - Julai 28, 2025 @ 3:10pm





Zuraida Hussain bersama anak perempuannya, Nur Qaseh Elfira Mohd Zabidi di rumah mereka di Kampung Tanjung, Batu Rakit, Kuala Terengganu. - NSTP/GHAZALI KORI



KUALA TERENGGANU: Ibarat sudah jatuh ditimpa tangga.

Itu nasib terpaksa dilalui ibu tunggal, Zuraida Hussain, 44, bersama anak perempuannya, Nur Qaseh Elfira Mohd Zabidi, 12, yang hidup dalam kedaifan di Kampung Tanjung, Batu Rakit, di sini sehingga terpaksa makan nasi berlaukkan garam dan mencatu makan selepas berpisah dengan suaminya dua bulan lalu.

Lebih membebankan bekas tenaga pengajar institut memandu itu, dia juga mengalami penyakit kencing manis, darah tinggi dan jantung, menyebabkan tiga jari kaki sebelah kiri terpaksa dipotong, selain penglihatan semakin kabur.

"Makan nasi berlaukkan garam dan air gula sudah jadi biasa kerana saya tak mampu beli ikan, sudah tak mampu kerja kerana penglihatan makin kabur. Tiga jari kaki sebelah kiri terpaksa dipotong selepas dijangkiti kuman.

"Walaupun tinggal di rumah pusaka usang berhampiran rumah adik-beradik, mereka juga ada tanggungan besar dan tak mampu bantu sepanjang masa. Memang ada bantuan, terutama beras daripada adik-beradik, tetapi nak beli ikan, mereka juga ada kekangan," katanya ketika ditemui, hari ini.

Zuraida sebelum ini tinggal di Kuantan, Pahang, selepas mendirikan rumah tangga pada 2012 dengan suaminya yang bekerja sebagai nelayan sebelum mereka berpisah pada Mei lalu dan dia kembali ke kampung untuk tinggal di rumah pusaka.

Enggan mengulas lanjut punca perceraian, wanita itu berkata, ia berlaku selepas dia disahkan menghidap penyakit kencing manis serta penglihatan semakin kabur.

"Ada ketika, sebiji telur goreng terpaksa dicatu untuk dimakan dua kali, iaitu tengah hari dan malam. Walaupun hidup serba daif dan makan nasi berlaukkan garam, saya bersyukur kerana Nur Qaseh Elfira faham keadaan kemiskinan yang terpaksa dilaluinya.

"Apa yang saya bimbang, anak yang juga bekas murid di Sekolah Kebangsaan (SK) Tanjung Gelam terpaksa menangguhkan persekolahan kerana kami tak mampu sediakan kos pengangkutan. Kami sudah mohon pertukaran Nur Qaseh Elfira ke SK Batu Rakit, tetapi belum terima jawapan Jabatan Pendidikan," katanya.

Mengesahkan tidak menerima sebarang bantuan termasuk daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu (MAIDAM), dia berkata, mereka dua beranak memohon bantuan bagi membaik pulih rumah dan pembinaan tandas selain bantuan bulanan bagi meneruskan kehidupan.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP) Kampung Tanjung Batu Rakit, Hairudin Abdul Ghani, berkata masalah dihadapi Zuraida sudah dipanjangkan kepada Ketua Urus Setia Dewan Undangan Negeri (KUD) Batu Rakit, Bazlan Abdul Rahman.

"Kita dimaklumkan Bazlan sedang berusaha untuk menempatkan Nur Qaseh Elfira ke SK Batu Rakit, selain memohon bantuan daripada pelbagai agensi kerajaan, termasuk peruntukan untuk baik pulih rumah mereka," katanya.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2025/07/1425673/ibu-tunggal-anak-perempuan-makan-nasi-berlauk-garam-catu-makanan





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Epstein Files pt. 2... coming soon!
Tumpang-SibokEpstein Files pt. 2... coming soon!
Views : 49787 Replies : 1
Welcome to The Holy Land...
Tumpang-SibokWelcome to The Holy Land...
Views : 23468 Replies : 7
berita malam seram:pocong parit buntar tumpas.jadi bahan jenaka Public Health Malaysia
YgBenarberita malam seram:pocong parit buntar t
Views : 5680 Replies : 2
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 363932 Replies : 3551
DISCLOSURE DAY
SY_MumiDISCLOSURE DAY
Views : 371 Replies : 5
K-VARIETY SHOW
RahahK-VARIETY SHOW
Views : 278422 Replies : 1525
PROJECT HAIL MARY
SY_MumiPROJECT HAIL MARY
Views : 266 Replies : 2
Lelaki OKU hadapi 3 tuduhan amang seksual terhadap anak perempuan
ultra78Lelaki OKU hadapi 3 tuduhan amang seksua
Views : 31775 Replies : 22
Keluarga Altantuya pulangkan semula ganti rugi lebih RM4.8 juta termasuk faedah kepada kerajaan
ultra78Keluarga Altantuya pulangkan semula gant
Views : 19828 Replies : 7
Polis buka siasatan video lelaki baling kon di Plaza Tol LDP
ultra78Polis buka siasatan video lelaki baling
Views : 13931 Replies : 4

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-2-2026 03:57 AM GMT+8 , Processed in 0.070192 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list