CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7247|Reply: 5

Bella Terkejut Dituduh Rancang 'Tangkap' Aliff, Ruhainies - "Kenapa Saya Nak Rancang Macam Itu? Saya Sendiri Pun Terkejut"

[Copy link]
Post time 18-3-2024 04:18 PM | Show all posts |Read mode






Pelakon Bella Astillah, 30, menepis spekulasi yang mendakwa beliaulah yang merancang suaminya, Aliff Aziz dan Ruhainies 'ditangkap khalwat', baru-baru ini.


Bella atau nama sebenarnya, Dayang Ara Nabella Awang Astillah mengakui terkejut dengan dakwaan itu sambil menegaskan beliau tidak tergamak untuk menjerat Ruhainies yang dianggap sebagai rakan baik.


"Kenapa saya nak rancang macam itu? Saya sendiri pun terkejut. Semua tahu saya baik dengan pelakon wanita terbabit (Ruhainies).


"Sebenarnya boleh periksa dengan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)," katanya dalam temu bual program Melodi, hari ini.


Bella sebaiknya ingin terus pandang ke depan dan reda bahawa nasi sudah menjadi bubur. Dia juga tidak mahu mempedulikan kata-kata netizen mengenai tanggapan mereka kepadanya.


"Tak boleh nak cakap apa sebab benda ini sudah terjadi. Sekarang ini saya fokus untuk 'move on' sahaja," katanya.


Bella juga sempat memaklumkan ada individu menghubunginya untuk berjumpa dan ingin membantu menyampaikan maklumat berkaitan Aliff.


"Saya sudah berjumpa dan ambil nombor telefon. Dia sudah lama nak cari dan hubungi saya, tapi tak berkesempatan sebab terlalu sibuk," katanya.


Terdahulu, dunia hiburan gempar dengan penahanan Aliff dan Ruhainies oleh JAWI di sebuah kondominium di ibu kota pada 9 Mac lalu.


Namun, mereka dibebaskan dengan jaminan sekitar jam 2 petang hari sama dan bakal didakwa di Mahkamah Syariah.


Menyusul, Bella memfailkan cerai terhadap Aliff namun sebutan ditangguhkan apabila aktor itu tidak hadir kerana terikat dengan penggambaran drama.


Kemudian, pada Khamis lalu, Aliff dan Ruhainies tampil menjelaskan kejadian sebenar mereka ditangkap. Mereka menafikan mempunyai hubungan istimewa.


Bella dan Aliff mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016. Mereka dikurniakan dua cahaya mata, Mohamad Ayden Adrean, 7, dan Ara Adreanna, 4.


Sumber : Berita Harian
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-3-2024 11:55 PM From the mobile phone | Show all posts
dah dah la tu salahkan jenab yeah.
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2024 12:18 AM | Show all posts
"Bella juga sempat memaklumkan ada individu menghubunginya untuk berjumpa dan ingin membantu menyampaikan maklumat berkaitan Aliff"

Asskisser alert lol
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2024 10:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau dia rancang apa salahnya.
Dah korg tu islam, malam2 mcm tu berduaduan dlm rumah gitu.

Bukan sekali ye
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2024 01:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Dulu masa kes oman volverine dan masak cara mey kena tangkap basah pun org tuduh bakyah yg call jais bagai
Padahal jiran2 kat situ naik muak dah tgk tilam dan selimut berubah tempat setiap malam diangkut bawak naik atas.

Btw perkataan perangkap tu merepek je lain la bini yg aturkan pertemuan dorang mlm tu boleh la kata perangkap.
Dorang ni igt mcm drama tv kot sekali je call jawi terus jawi dtg mcm ambulance pi terjah umah org.
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2024 01:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Dengar boleh percaya jangan. Dah dah la tu dah dapat 3 job kan ok pergi berlakon sekarang lagi panas gossip yebi dan nomiang bercekau sebab markisa
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Epstein Files pt. 2... coming soon!
Tumpang-SibokEpstein Files pt. 2... coming soon!
Views : 49787 Replies : 1
Welcome to The Holy Land...
Tumpang-SibokWelcome to The Holy Land...
Views : 23468 Replies : 7
berita malam seram:pocong parit buntar tumpas.jadi bahan jenaka Public Health Malaysia
YgBenarberita malam seram:pocong parit buntar t
Views : 5680 Replies : 2
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 363932 Replies : 3551
DISCLOSURE DAY
SY_MumiDISCLOSURE DAY
Views : 371 Replies : 5
K-VARIETY SHOW
RahahK-VARIETY SHOW
Views : 278422 Replies : 1525
PROJECT HAIL MARY
SY_MumiPROJECT HAIL MARY
Views : 266 Replies : 2
Lelaki OKU hadapi 3 tuduhan amang seksual terhadap anak perempuan
ultra78Lelaki OKU hadapi 3 tuduhan amang seksua
Views : 31775 Replies : 22
Keluarga Altantuya pulangkan semula ganti rugi lebih RM4.8 juta termasuk faedah kepada kerajaan
ultra78Keluarga Altantuya pulangkan semula gant
Views : 19828 Replies : 7
Polis buka siasatan video lelaki baling kon di Plaza Tol LDP
ultra78Polis buka siasatan video lelaki baling
Views : 13931 Replies : 4

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-2-2026 03:57 AM GMT+8 , Processed in 0.045142 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list