|
|
Zahiril Adzim tidak menghalang jika anaknya, Nadi Anaqi, 9, ingin mengikut jejak langkahnya menceburi bidang seni pada masa depan.
Zahiril atau Mohd Zahiril Adzim, 38, dan isterinya, Shera Aiyob sentiasa menyokong apa sahaja minat anak tunggal kesayangan mereka itu.
 Foto: IG
Malah, pelakon ini sedia memberi tunjuk ajar kepada Nadi untuk mencari hala tuju yang betul dalam bidang diminatinya.
"Saya tidak kisah jika Anaqi ingin menceburi bidang seni. Sebagai ibu bapa, kami akan sentiasa menyokong apa yang diminati oleh Anaqi," katanya.
Dalam pada itu, Zahiril berkata, dia akan mempertimbangkan sekiranya menerima tawaran untuk Anaqi berlakon bersamanya dan Shera.
Tambahnya lagi, Shera juga masih terbabit dalam bidang lakonan selepas melahirkan anak selain menguruskan karier seninya.
"Selain menjadi pengurus saya, Shera masih berlakon jika ada kelapangan dan watak bersesuaian dengannya.
"Saya selesa apabila isteri sendiri menguruskan kerjaya seni kerana senang untuk kami berbincang dan urusan kerja menjadi lebih mudah," jelasnya. -CARI
Sumber: mStar Online
|
|