CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 1853|Reply: 9

Rashidi Ishak Jadi OCD, Hidup Dalam Paranoid

[Copy link]
Post time 15-2-2022 04:40 PM | Show all posts |Read mode
Pengalaman menjadi pesakit Covid-19 selepas dijangkiti wabak maut berkenaan pada Disember tahun lalu benar-benar mengubah kehidupan pelakon Rashidi Ishak.


Akui Rashidi, 48, dia mengakui berasa trauma dengan apa yang berlaku terhadap dirinya kerana ketika itu, keadaan kesihatannya agak teruk.


Trauma yang dialaminya membuatkan dia berubah menjadi seorang yang memiliki personaliti Obsessif Kompulsif atau Obsessive compulsive disorder (OCD) Covid-19.




Foto: IG




“Sekarang saya jadi lebih OCD. Cecair pembasmi kuman sentiasa ada dibawa bersama, tak habis-habis nak bersihkan tangan.


“Kesan kejadian tempoh hari juga buatkan saya tak bergaul dengan sesiapa semasa penggambaran. Selepas tamat babak, saya masuk kereta dan jauhkan diri daripada orang.


“Sekarang pun saya tak keluar berjumpa orang. Selepas kerja, terus balik ke rumah. Perancangan bercuti pun langsung tak ada untuk tahun ini memandangkan kes harian juga semakin meningkat,” kongsinya.




  



Dia berkata demikian ketika ditemu bual secara maya sempena mempromosikan drama terbaharu lakonannya, Tetuan Ang & Rahimin bersama Ben Amir dan Daiyan Trisha semalam.


Rashidi disahkan positif pada 7 Disember tahun lalu ketika penggambaran Tetuan Ang & Rahimin berlangsung iaitu tiga hari selepas Daiyan terlebih dahulu disahkan positif pada 4 Disember.


Menerusi perkongsian dalam Instagramnya, dia memaklumkan bahawa keadaan dirinya ketika itu sangat teruk kerana mengalami banyak simptom seperti demam, batuk, cirit-birit dan muntah pada hari keempat kuarantin.




  



Seluruh badannya juga berasa lembik dan sakit sehingga tiada tenaga selain otot-ototnya berdenyut.


Kini selepas lebih dua bulan pulih, pelakon itu berkongsi keadaan kesihatannya pasca dijangkiti Covid-19.


“Selepas sembuh, saya mudah berasa letih. Untuk drama Tetuan Ang & Rahimin, ada jayakan babak di dalam mahkamah yang ambil masa panjang berjam-jam lamanya.


“Selepas empat hingga lima jam, saya terus rasa tak larat. Malah ton suara saya juga jadi berbeza, tambahan pula pada ketika itu saya belum pulih sepenuhnya,” ujar Rashidi.




  



Selain Rashidi dan Daiyan, ramai lagi selebriti tempatan menjadi mangsa jangkitan Covid-19 antaranya Intan Ladyana, Nabila Razali, Ariff Bahran dan Afdlin Shauki. – CARI


Sumber: Kosmo Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-2-2022 06:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Setakat bwk cecair tu kuluilir pun auto jd ocd yek...
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2022 06:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak rasa mcm ocd. Lebih pada paranoid.

Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2022 08:00 PM | Show all posts
Itu bukan OCD.
Sedap2 je nk self proclaim.

Itu mcm paranoid je
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2022 08:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau ocd, mau pakai spacesuit dahhh acik shidi
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2022 09:22 AM | Show all posts
Edited by sunshinelady at 16-2-2022 09:26 AM

obsessive-compulsive disorder, ocd, ialah penyakit mental yg ada masalah delusi, paranaoia type. paranoia is a big part of ocd. apa dia cerita ni ada ciri-ciri ocd, starting with his paranoia towards dirt & infections. these ppl dont necessarily keluar rumah pakai space suits sahaja. their obsession (the thinking part, partly paranoia) can be anything, and then translate into compulsion (the behavioural part) & lama jadi disorder.
contoh lain ocd: ppl yg hoarding & takleh buang barang. they have an obsession of buying things that they like & takut if these objects habis di pasaran (thinking bit) & then jadi compulsive to buy them (the perbuatan bit). lama rumah penuh dgn barang that they dont even use.
also ocd can also be obsessive only or compulsion only.
hope dia ni pegi jumpa psychiatrist utk jalani rawatan cognitive-behavioural therapy, group therapy, or yg sekaum dengannya. atau amik ubat. before it becomes a generalised agoraphobia or anything worse
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-2-2022 09:25 AM | Show all posts
dia ni duda lagi ke?
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2022 11:14 AM | Show all posts
nak imagine heols tasty, tapi still terbayang watak terencat Cico dalam Mami Jarum terus meols tersenyum sorang... hihihi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-2-2022 11:17 AM | Show all posts
prince_marhaen replied at 16-2-2022 11:14 AM
nak imagine heols tasty, tapi still terbayang watak terencat Cico dalam Mami Jarum terus meols terse ...

hahahaha...kannnnn
dgn gigit2 kuku
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2022 11:21 AM | Show all posts
ibu_haritz replied at 16-2-2022 11:17 AM
hahahaha...kannnnn
dgn gigit2 kuku

hahahaha tu lah... meols tak boleh nak tak imagine watak gigit2 kuku pastu guna bahasa baku tu...rasa cam nak lempang-lempang je wajah heols... memorable betul watak tu..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Kemaluan tersembul di dahi, janda cantik trauma tengok cermin! - “Puas gosok-gosok mata, tetap ada”
tatodKemaluan tersembul di dahi, janda cantik
Views : 11253 Replies : 6
Harap Pegar,Pegar Makan Padi:Bos SPRM Azam Baki tidak isytihar jutaan saham dalam syarikat tersenarai, dedah Bloomberg
YgBenarHarap Pegar,Pegar Makan Padi:Bos SPRM Az
Views : 22619 Replies : 18
Keluarga Altantuya pulangkan semula ganti rugi lebih RM4.8 juta termasuk faedah kepada kerajaan
ultra78Keluarga Altantuya pulangkan semula gant
Views : 20593 Replies : 13
Wanita bimbang suami bergaji 5k mahu berhenti kerja kerana toksik dan stress dan ingin jadi rider penghantar makanan.Wajar atau tidak
YgBenarWanita bimbang suami bergaji 5k mahu ber
Views : 31214 Replies : 15
Belum Masuk Tahun Baru Cina Apartment Dijadikan Stor Penyimpanan   Mercun Di Kajang Terbakar 80 Peratus
YgBenarBelum Masuk Tahun Baru Cina Apartment Di
Views : 11654 Replies : 10
Edisi Rumah Pantun
telracsEdisi Rumah Pantun
Views : 77159 Replies : 510
SUPERMAN (2025)
SY_MumiSUPERMAN (2025)
Views : 52950 Replies : 52
Tok Arab Dubai buat video dera, seks ganas
Tumpang-SibokTok Arab Dubai buat video dera, seks gan
Views : 26375 Replies : 28
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 58104 Replies : 1096
[SBS/Netflix 2026] No Tail To Tell/Human From Today - Kim Hye Yoon, Lomon (Mulai 16 Jan 2026)
xyla73[SBS/Netflix 2026] No Tail To Tell/Human
Views : 4148 Replies : 179

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-2-2026 05:18 AM GMT+8 , Processed in 0.066971 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list