CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 10358|Reply: 0

[Kedah] Lelaki warga China dikhuatiri lemas di Langkawi

[Copy link]
Post time 21-2-2026 01:06 PM | Show all posts |Read mode
Lelaki warga China dikhuatiri lemas di Langkawi

BERNAMA





PASUKAN operasi mencari dan menyalamat membuat pemantauan di kawasan Pantai Tanjung Rhu, Langkawi susulan kejadian pelancong lelaki warga China dilaporkan hilang dan dikhuatiri lemas. FOTO Ihsan JBPM



Alor Setar: Seorang lelaki warga China dikhuatiri lemas ketika mandi di Pantai Tanjung Rhu, Langkawi, semalam.

Ketua Zon 4 Langkawi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Kedah Penguasa Bomba Mohd Zamri Abd Ghani berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden pada jam 8.43 malam.

"Maklumat awal yang diterima memaklumkan lelaki berusia 49 tahun itu sedang mandi bersama-sama anak lelakinya di kawasan pantai sebelum anaknya menyedari bahawa bapanya sudah hilang dari pandangan.

Anaknya hanya menemukan topi milik mangsa yang terapung di permukaan air.

"Anak mangsa memaklumkan kejadian itu kepada pihak hotel sebelum pihak hotel menghubungi Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, yang kemudian menghubungi bomba untuk membantu melaksanakan operasi mencari dan menyelamat," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, anggota Balai Bomba dan Penyelamat Langkawi yang tiba di lokasi 15 minit kemudian melaksanakan penilaian situasi serta memulakan operasi pencarian di permukaan air di sekitar kawasan mangsa dipercayai hilang.

"Operasi dijalankan dengan pemantauan secara berterusan terhadap keadaan ombak, arus serta keselamatan anggota yang bertugas.

Setakat ini, mangsa belum ditemukan dan perkembangan lanjut akan dimaklumkan dari semasa ke semasa," katanya.



Disiarkan pada: Februari 21, 2026 @ 10:05am

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2026/02/1324950/lelaki-warga-china-dikhuatiri-lemas-di-langkawi




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-2-2026 06:28 PM GMT+8 , Processed in 0.041270 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list