CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 34261|Reply: 0

[Pulau Pinang] Steven Sim dimasukkan ke hospital

[Copy link]
Post time 21-2-2026 03:41 AM | Show all posts |Read mode
Steven Sim dimasukkan ke hospital

BERNAMA




STEVEN Sim. FOTO Bernama



Georgetown: Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Steven Sim dimasukkan ke hospital selepas mengalami keletihan melampau akibat jadual kerja yang padat sejak beberapa minggu kebelakangan ini.

Sim menerusi hantaran Facebooknya berkata, selepas berminggu-minggu sibuk bekerja, akhirnya terpaksa masuk hospital pada hari keempat Tahun Baharu Cina.

"Doktor nasihatkan agar berehat untuk seketika, I'll be back soon, stronger! (Saya akan kembali tidak lama lagi, lebih kuat!)

Jalan teruih..kebaikan akan menyusul selepas musibah," menurut Sim di hantaran Facebooknya hari ini.

Sementara itu, seorang pegawai medianya ketika dihubungi Bernama memaklumkan pihak mereka hanya dimaklumkan mengenai keadaan Sim selepas menteri berkenaan dimasukkan ke hospital.

Beliau yang enggan namanya ditulis berkata, setakat ini keluarga Sim tidak mendedahkan secara terperinci punca menteri itu dimasukkan ke hospital namun dipercayai kemungkinan berpunca daripada keletihan melampau.

"Keadaan beliau tidak serius cuma terlalu letih," katanya dan menambah pihak keluarga mahu Sim diberi ruang untuk berehat sepenuhnya.



Disiarkan pada: Februari 20, 2026 @ 1:54pm

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2026/02/1324703/steven-sim-dimasukkan-ke-hospital




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-2-2026 12:41 AM GMT+8 , Processed in 0.782833 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list