CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 29146|Reply: 0

[Kedah] Rumah, kereta terbakar ketika berbuka puasa

[Copy link]
Post time 20-2-2026 01:11 AM | Show all posts |Read mode
Rumah, kereta terbakar ketika berbuka puasa

Hamzah Osman[email protected]





RUMAH yang terbakar di Padang Matsirat. FOTO Hsan Bomba




Langkawi: Sebuah rumah dan sebuah kenderaan rosak teruk dalam kebakaran sejurus waktu berbuka puasa pada hari pertama Ramadan di Kuarters Guru Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Putra, Padang Matsirat, di sini, hari ini.

Bagaimanapun dalam kejadian 7.45 malam itu tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Ketua Zon 4 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Langkawi Mohd Zamri Abd Ghani berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 7.52 malam berhubung kejadian itu.

Beliau berkata, sepasukan anggota dari dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Padang Matsirat dibantu BBP Langkawi dikerah melaksanakan operasi pemadaman kebakaran.

"Kebakaran membabitkan sebuah unit kuarters guru berkembar dengan anggaran kemusnahan kira-kira 20 peratus.

"Turut terjejas sebuah kenderaan Volkswagen Polo yang mengalami kemusnahan hampir 90 peratus.

Kejadian tidak membabitkan sebarang mangsa," katanya dalam kenyataannya, malam ini.

Beliau berkata, kebakaran berjaya dikawal pada jam 8.17 malam dan operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 10.01 malam.

"Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan," katanya.



Disiarkan pada: Februari 20, 2026 @ 12:03am

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2026/02/1324552/rumah-kereta-terbakar-ketika-berbuka-puasa




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-2-2026 11:03 PM GMT+8 , Processed in 0.145343 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list