CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 38322|Reply: 1

[Kedah] 'Qisya rindukan nasi goreng umi ketika sahur'

[Copy link]
Post time 19-2-2026 03:58 PM | Show all posts |Read mode
'Qisya rindukan nasi goreng umi ketika sahur'

Zuliaty Zulkiffli - Februari 19, 2026 @ 12:50pm




ALOR SETAR: "Hari pertama sahur hari ini rasa sunyi sangat... Biasanya umi yang kejutkan dan kami makan sahur beramai-ramai.

"Tapi sekarang mereka dah tak ada, saya terpaksa lalui hidup seorang diri sambil ditemani tok umi dan tok abah serta ahli keluarga lain, " kata Putri Qisya Nur Izzat, 13.

Putri Qisya kehilangan bapa, ibu dan empat adik yang lain dalam tragedi di terusan Sungai Korok, Jitra pada Julai tahun lalu selepas Proton Iswara yang dinaiki mereka terbabas dan terjunam ke dalam Sungai Korok.

Dalam kejadian itu, bapanya, Mohamad Azim Izat Ishak, 32, dan ibunya, Nurul Hidayah Khadijah Razman Efendi, 31, serta empat adik beradiknya, Putra Rayyan Nur Izzat, 9; Hawa Adriana Nur Izzat, 8; Annayla Humaira Nur Izzat, 7, dan Tuah Haydar, enam bulan, dipercayai dalam perjalanan dari rumah ibu saudaranya di Jitra pulang ke rumah neneknya di Jerlun, kira-kira jam pagi 5 Julai tahun lalu.

Putri Qisya berkata, sehingga sekarang dia masih tidak percaya ibu dan bapa serta empat adiknya itu sudah tiada walaupun sudah lapan bulan kejadian itu berlalu.

Katanya, biasanya apabila sambut puasa, rumah itu agak riuh rendah terutama adik-adiknya Putra Rayyan, Hawa Adriana dan Annayla Humaira.

Dia kini tinggal bersama nenek sebelah ibunya, Roswati Zainol, 53, di Jerlun dan kadangkala pulang ke rumah ibu saudara sebelah bapanya, Nur Adliah Shuhada Ishak di Taman Seri Aman, Jitra.

"Saya rasa macam mimpi mereka sudah tak ada tetapi bila saya rasa tengok sekeliling rumah, rasa sunyi..memang mereka sudah tiada.

Kadang-kadang bila saya rindu, saya akan pergi ke kubur mereka di Jerlun untuk membaca doa supaya roh mereka tenang di sana," katanya ketika ditemui di rumah moyangnya di Simpang Kuala, hari ini.

Putri Qisya berkata, ibunya paling sibuk memasak juadah berbuka puasa setiap petang dan antaranya masak singgang ikan, selain ayam goreng yang menjadi kesukaan adiknya.

Katanya, kalau waktu sahur pula, ibunya selalu masak nasi goreng yang menjadi kegemaran mereka sekeluarga.

"Walaupun orang lain atau tok umi (nenek) yang buat nasi goreng tapi tak sama macam umi buat, saya rindu nasi goreng yang umi buat, memang sedap.

"Tok umi pernah tanya, Qisya nak beli baju raya tak tahun ni, saya macam tak ada semangat nak beli baju baru kerana Hari Raya Aidilfitri tahun ini dah semeriah dulu ketika bersama arwah umi, walid dan adik-adik.

"Qisya cuba kuatkan semangat dan kalau terlalu rindu, saya akan tengok gambar-gambar mereka.

Itulah saja kenangan yang saya simpan, " katanya.

Putri Qisya bersyukur dapat mengerjakan umrah bersama ibu saudaranya, Nur Adliah Shuhada sebelum ini yang ditaja Datuk Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin yang juga penjelajah Grand Slam negara.

"Masa saya di Makkah, saya nampak susuk tubuh dari belakang Datuk Qobin macam arwah walid saya, terus saya rindu walid, " katanya.

Putri Qisya yang kini belajar di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kubang Pasu mengakui sudah boleh menyesuaikan diri tinggal di asrama dan berjauhan dengan ahli keluarga.

Katanya, dia akan terus belajar bersungguh-sungguh walaupun sudah memenuhi impian arwah ibunya supaya belajar di MRSM.





Putri Qisya Nur Izzat menunjukkan gambar bapa, ibu dan empat adiknya yang meninggal dunia dalam kejadian di terusan Sungai Korok di Jitra, tahun lalu. Foto Zuliaty Zulkiffli/NSTP






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-2-2026 04:00 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-2-2026 07:55 PM GMT+8 , Processed in 0.049296 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list