CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 38491|Reply: 0

[Pulau Pinang] Jentera PH Pulau Pinang diarah mula persiapan awal hadapi PRU

[Copy link]
Post time 19-2-2026 03:30 PM | Show all posts |Read mode
Edited by sfhzuraz at 19-2-2026 03:32 PM

Jentera PH Pulau Pinang diarah mula persiapan awal hadapi PRU

Februari 19, 2026 @ 5:30am





Chow menyampaikan ucapan pada Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang di Wisma Keadilan Pulau Pinang, semalam. - Foto BERNAMA



JENTERA PH PULAU PINANG DIARAH MULA PERSIAPAN AWAL HADAPI PRU

GEORGETOWN: Jentera Pakatan Harapan (PH) Pulau Pinang diarah memulakan persiapan awal bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang memandangkan baki tempoh penggal dijangka kurang dua tahun.

Pengerusi Majlis Pimpinan PH Pulau Pinang Chow Kon Yeow berkata fokus ketika ini adalah pengukuhan dalaman yang merangkumi penyusunan semula jentera, strategi gerak kerja serta pemantapan organisasi pada semua peringkat.

"Masa berlalu pantas, maka kita perlu mulakan persiapan untuk menghadapi pilihan raya yang akan datang.

Kita juga telah buat ketetapan untuk mempertahankan pemerintahan pada peringkat negeri dan juga peringkat pusat, itulah misi serta tanggungjawab berat kepada kita semua.

"Keputusan memulakan persiapan jentera lebih awal itu telah dibuat dalam mesyuarat awal Februari lepas dan bukan dipengaruhi faktor politik semasa mana-mana parti lain," katanya semasa berucap pada Majlis Rumah Terbuka MADANI Tahun Baharu Cina PKR Pulau Pinang di Wisma PKR, di Bayan Baru, di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Wanita PKR yang juga Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek, Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri PKR Datuk Mohamad Abdul Hamid yang juga Timbalan Ketua Menteri I dan barisan kepimpinan parti negeri.

Chow yang juga Ketua Menteri berkata tahun ini tempoh penting untuk memperkukuh kekuatan parti, dan menambah baik prestasi pentadbiran kerajaan.

"Tempoh yang ada semakin singkat, jadi kita perlu mula bekerja sekarang supaya menjelang pilihan raya nanti kita dapat tunjukkan rekod prestasi pentadbiran yang meyakinkan rakyat," katanya.

Dalam sidang media selepas itu, beliau berkata keputusan sama ada PRU dan Pilihan Raya Negeri akan diadakan serentak atau tidak bergantung sepenuhnya kepada kepimpinan pusat, dan PH Pulau Pinang akan mematuhi sebarang ketetapan yang dibuat.
– BERNAMA

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2026/02/1511052/jentera-ph-pulau-pinang-diarah-mula-persiapan-awal-hadapi-pru





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-2-2026 02:12 AM GMT+8 , Processed in 0.141641 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list