CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 36780|Reply: 0

[Pulau Pinang] Tahun satu: KPM sedia adakan libat urus bersama tadika, prasekolah swasta tak puas hati

[Copy link]
Post time 18-2-2026 11:26 PM | Show all posts |Read mode
Tahun satu: KPM sedia adakan libat urus bersama tadika, prasekolah swasta tak puas hati

Oleh Nur Izzati Mohamad - Februari 18, 2026 @ 6:26pm





Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek. - NSTP/ Gambar fail



GEORGETOWN: Kementerian Pendidikan (KPM) tidak mempunyai sebarang masalah untuk mengadakan sesi libat urus bersama pengusaha tadika dan prasekolah swasta yang tidak berpuas hati dengan mana-mana isu berbangkit berhubung pelaksanaan kanak-kanak berusia enam tahun memasuki Tahun Satu.

Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, sebelum itu pihaknya sudah mengambil maklum dengan isu-isu yang dibangkitkan pengusaha terbabit menerusi sesi libat urus yang diadakan, baru-baru ini.

Katanya, KPM sangat prihatin untuk mendengar segala pandangan dan bersedia untuk meneruskan sesi libat urus bagi memberikan penjelasan berkaitan dasar yang bakal dilaksanakan.

"Tidak mengapa, jika ada lagi tidak berpuas hati, kita akan teruskan sesi libat urus ini.

Dan yang sebenarnya macam dekat Malaysia, kita sangat prihatin kepada semua isu-isu yang dibangkitkan semasa sesi libat urus yang telah pun berlangsung.

"Jadi kalau ada isu lagi kita akan buat sesi-sesi itu kerana tak ada masalah bagi kita teruskan sesi libat urus untuk beri penjelasan," katanya ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka MADANI Tahun Baharu Cina PKR Pulau Pinang di Wisma PKR di Bayan Baru, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Naib Pengerusi Jawatankuasa Persediaan dan Pemerhati Pilihan Raya MCA Pulau Pinang, Chan Wooi Jin yang mendakwa kenyataan Fadhlina mengenai dasar 'Masuk darjah satu pada usia enam tahun' mendapat sokongan pengusaha prasekolah adalah mengelirukan.

Media sebelum ini melaporkan KPM akan mencari jalan penyelesaian terbaik bagi menangani kebimbangan pengusaha tadika swasta berikutan pelaksanaan kemasukan kanak-kanak berusia enam tahun ke tahun satu mulai sesi persekolahan tahun depan.

Antaranya, mengadakan sesi libat urus dengan pengusaha tadika swasta bertujuan mendapatkan pandangan serta maklum balas mereka bagi memastikan pelaksanaan dasar itu berjalan lancar dan tersusun.

Fadhlina yang juga Ketua Wanita PKR dan Ahli Parlimen Nibong Tebal merakamkan penghargaan kepada pengusaha tadika swasta yang menyambut baik dasar berkenaan dan menyokong aspirasi kementeriannya.

Beliau berkata kemasukan murid berusia enam tahun ke tahun satu adalah bersifat pilihan dan bukan mandatori.

"Mana-mana ibu bapa yang merasakan anak mereka sudah bersedia untuk masuk ke tahun satu, tidak ada masalah.

Yang lain kekal seperti biasa," katanya.

Mengulas kebimbangan ibu bapa khususnya di luar bandar, Fadhlina berkata prasekolah di sekolah kerajaan masih menerima kanak-kanak berusia enam tahun seperti biasa dan tiada paksaan meneruskan ke tahun satu lebih awal.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2026/02/1510984/tahun-satu-kpm-sedia-adakan-libat-urus-bersama-tadika-prasekolah






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-2-2026 07:55 PM GMT+8 , Processed in 0.403996 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list