CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 38060|Reply: 0

[Kedah] 15,000 pelancong serbu Langkawi sempena Tahun Baharu Cina

[Copy link]
Post time 18-2-2026 04:37 AM | Show all posts |Read mode
15,000 pelancong serbu Langkawi sempena Tahun Baharu Cina

Oleh Hamzah Osman - Februari 17, 2026 @ 1:46pm





Zulkifli (empat dari kiri) mengetuai acara menyantuni pelancong yang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi untuk bercuti sempena sambutan Tahun Baharu Cina. - Foto NSTP/Hamzah Osman.



LANGKAWI: Pulau ini menerima kemasukan kira-kira 15,000 pelancong sempena sambutan Tahun Baharu Cina yang berlangsung meriah hari ini dan esok.

Ketua Penolong Pegawai Daerah Kanan (Pengurusan Tanah) Pejabat Daerah dan Tanah Langkawi, Zulkifli Abdullah, berkata hari ini sahaja seramai 7,952 pelancong memasuki pulau peranginan itu menerusi laluan udara dan laut.

Beliau berkata, Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi (LTAL) menerima 33 penerbangan hari ini termasuk penerbangan antarabangsa dari Bengaluru, India dan Singapura, selain penerbangan domestik.

"Hari ini seawal jam 9.51 pagi kita dapat lihat suasana di LTAL sangat meriah dengan kemasukan pelancong berkeluarga yang begitu ramai dengan penerbangan pertama dari Kuala Lumpur.

"Pelancong yang tiba ini pastinya mengambil peluang untuk menghabiskan cuti sempena sambutan Tahun Baharu Cina yang jatuh pada hari ini dan esok," katanya selepas mengetuai majlis sambutan dan menyantuni ketibaan pelancong sempena Tahun Baharu Cina di LTAL di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Zulkifli berkata, daripada jumlah 7,952 pelancong yang direkodkan masuk hari ini, seramai 4,277 orang tiba menerusi 33 penerbangan.

Katanya, seramai 2,572 pelancong lagi masuk ke pulau ini menerusi perkhidmatan feri penumpang dari Kuala Perlis dan Kuala Kedah.

"Selain itu, seramai 1,103 pelancong lagi masuk menerusi enam perkhidmatan feri penumpang dan kenderaan (RoRo).

"Berdasarkan jumlah penerbangan, jadual perkhidmatan feri dan RoRo yang sama seperti hari ini, kita menganggarkan kira-kira 15,000 pelancong akan memasuki Langkawi dalam tempoh dua hari iaitu hari ini dan esok," katanya.

Yang turut hadir, Pengarah Kanan Bahagian Domestik dan Acara Tourism Malaysia, Mohd Roslan Abdullah serta Pengerusi Persatuan Penggiat Industri Pelancongan Langkawi (PPIPL), Raseli Yahya.

Sementara itu, Raseli berkata, setiap pelancong yang tiba menerima beg cenderamata berisi risalah promosi serta tawaran diskaun lima hingga 25 peratus produk pelancongan ahli PPIPL.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2026/02/1510588/15000-pelancong-serbu-langkawi-sempena-tahun-baharu-cina





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-2-2026 02:12 AM GMT+8 , Processed in 0.410241 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list