CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 40934|Reply: 0

[Pulau Pinang] Srikandi BERSATU Bukit Gelugor bubar, keluar parti serta-merta

[Copy link]
Post time 17-2-2026 02:39 PM | Show all posts |Read mode
Srikandi BERSATU Bukit Gelugor bubar, keluar parti serta-merta

Nuratikah Athilya Hassan[email protected]





FOTO HIASAN.




Kuala Lumpur: Srikandi BERSATU Bahagian Bukit Gelugor mengumumkan pembubaran keseluruhan Jawatankuasa Srikandi bahagian itu dan keluar daripada parti berkuat kuasa serta-merta.

Ketua Srikandinya, Nor Azah Abdul Aziz, berkata keputusan berkenaan dibuat selepas mengambil kira pandangan dan pendirian majoriti pimpinan serta ahli di peringkat bahagian yang menyuarakan hilang kepercayaan terhadap hala tuju dan kepimpinan parti ketika ini.

"Perkembangan mutakhir (terkini) parti termasuk beberapa tindakan disiplin dan pemecatan pimpinan turut menimbulkan keresahan dalam kalangan ahli di akar umbi.

"Sehubungan itu, barisan Jawatankuasa Srikandi BERSATU Bahagian Bukit Gelugor secara sebulat suara memutuskan untuk membubarkan jawatankuasa bahagian, meletakkan semua jawatan dalam parti dan keluar daripada keanggotaan parti berkuat kuasa serta-merta," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Nor Azah yang juga Naib Ketua Srikandi BERSATU Pulau Pinang itu, berkata keputusan berkenaan bukan dibuat secara terburu-buru, sebaliknya selepas melalui perbincangan dan penelitian mendalam bagi memastikan perjuangan serta kebajikan ahli terus terpelihara.

Tambahnya, wadah perjuangan sedia ada tidak lagi selari dengan aspirasi dan semangat perjuangan di peringkat bahagian.

"Kami merakamkan penghargaan kepada kepimpinan parti atas peluang dan ruang yang diberikan sepanjang tempoh perkhidmatan.

"Srikandi BERSATU Bahagian Bukit Gelugor akan terus berkhidmat kepada masyarakat, khususnya wanita dan rakyat di sini melalui pendekatan serta platform yang akan dimaklumkan nanti," katanya.

Terdahulu, Jawatankuasa BERSATU Bahagian Padang Rengas, Kepala Batas dan Tanjong dilapor sudah dibubarkan secara rasmi menerusi keputusan mesyuarat khas bahagian dan semua ahli jawatankuasa.

Sebelum ini, dua bahagian iaitu Larut dan Lembah Pantau turut mengambil tindakan sama susulan hilang kepercayaan terhadap kepimpinan parti.

Kelmarin, BERSATU memecat 17 ahlinya, termasuk beberapa pemimpin Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) parti merangkumi empat Ahli Parlimen dan dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).

Selain Timbalan Presiden, Datuk Seri Hamzah Zainudin yang juga Ketua Pembangkang di Parlimen, turut dipecat ialah Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal; Ahli Parlimen Padang Rengas, Kapten Azahari Hasan dan Ahli Parlimen Gerik, Fathul Huzir Ayob.

Keahlian mereka dipecat kerana melanggar Fasal 9.1.4 Perlembagaan BERSATU, namun berhak mengemukakan rayuan kepada Lembaga Rayuan untuk pertimbangan dalam tempoh 14 hari dari tarikh surat berkenaan dikemukakan.



Disiarkan pada: Februari 17, 2026 @ 1:55pm

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2026/02/1323829/srikandi-bersatu-bukit-gelugor-bubar-keluar-parti-serta-merta




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-2-2026 11:03 PM GMT+8 , Processed in 0.189853 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list