|
Walaupun Aidilfitri kali ini diraikan dalam keadaan yang cukup sederhana berikutan peningkatan kes positif Covid-19 dan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), namun ia tidak menghalang penyanyi dan pelakon Kilafairy untuk merayakan hari mulia itu dengan meriah.
Mengakui tidak terkesan dengan pengumuman yang dibuat kerajaan sempena sambutan Aidilfitri tahun ini, Kilafairy atau mesra disapa Kila berkata, saban tahun dia akan menyambut Aidilfitri di Kuala Lumpur bersama keluarganya. Bagaimanapun, kemeriahan Aidilfitri sedikit 'suram' memandangkan tidak dapat menghadiri majlis hari raya berikutan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan. "Sebenarnya saya tidak terkesan sangat sebab setiap tahun saya akan menyambut Aidilfitri bersama keluarga di Kuala Lumpur.
"Lagipun, kawan-kawan pun ramai yang sambut Aidilfitri di sini. Cuma yang membezakan adalah saya tidak dapat nak keluar berhari raya atau menghadiri majlis rumah terbuka. "Walaupun kemeriahan Aidilfitri tahun ini sama seperti tahun lalu, saya bersyukur kerana masih dapat menyambutnya bersama keluarga. Apa yang membezakan ialah kemeriahan itu tidak seperti dulu," katanya.
|
pxlbb replied at 11-5-2021 12:30 PM
Anyone care to share how sheols upgrade sampai gini pleeaase
pxlbb replied at 11-5-2021 12:30 PM
Anyone care to share how sheols upgrade sampai gini pleeaase
imanjannah replied at 11-5-2021 10:29 PM
apa ke nama sebenar si kilaferi ni, dia ngikut muka siapa muka macm paki jugk ni

pdgan meols ja) fadz84 replied at 12-5-2021 05:22 AM
Ni nama dia Syakila Nisa binti Jahangir Khan. Ayahnya ada darah Pakistan
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
2-2-2026 07:35 AM GMT+8 , Processed in 0.220928 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.