|
Kredit Foto - Google Maszlee juga mengakui "rasa berbeza menonton sebagai menteri" hingga menyebabkan sudut pandang beliau terhadap filem tersebut refleks dengan situasi pendidikan negara. Ada empat isu besar yang diketengahkan oleh pengarah filem iaitu perbezaan pendidikan, sikap guru kerajaan dan swasta, ketaksuban kasta punca anak-anak saling bermusuhan serta campur tangan politik dalam institusi pendidikan. Maszlee Malik menyifatkan plot filem itu 'luar biasa' dengan 'watak sempurna' menganggap filem berkenaan menterjemah aspirasi beliau menerusi entri yang dimuat naik di laman Twitter peribadi beliau. Kenyataan wakil rakyat Simpang Renggam mengundang reaksi positif warga maya terutama mereka yang pernah menonton filem tersebut. Filem ini hadiah kepada semua warga pendidik di seluruh dunia. Benar-benar memberi inspirasi dan terima kasih kepada penulis cerita ini yang memaparkan realistik dunia pendidikan di sekolah. Kita tak mampu nak ubah sistem, tapi kita boleh ubah masa depan anak murid kita dengan pendidikan. - CARI
|



kucingitam replied at 4-9-2019 12:25 PM
Dr Maszlee pun pandai buat bebenang dah..
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
2-2-2026 01:44 AM GMT+8 , Processed in 0.121559 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.