Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
CARI Infonet Portal Fokus@CARI Lihat artikel

Gara-gara Memekak Di Pantai, Mat Rempit Terima Hadiah 'Tendangan Terbang'

Oleh: Tukang Tulis|4-9-2019 10:27 AM Komen: 35
Seorang lelaki melakukan aksi tendangan terbang terhadap seorang mat rempit yang berdegil enggan beredar dari kawasan pantai.
Kredit foto: Facebook

Gelagat mat rempit yang menunggang motosikal secara berbahaya bukan sahaja boleh membahayakan nyawa mereka malah, turut menjejaskan keselamatan pengguna jalan raya lain.

Walaupun geram dengan perangai mereka, ramai yang memilih untuk melihat sahaja aksi mat rempit dan menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk mengambil tindakan selanjutnya.

Berbeza pula dengan orang ramai yang bersantai di kawasan pantai dipercayai terletak di Sabah, di mana mereka bertindak mengusir sekumpulan mat rempit yang menganggu ketenteraman di situ.


Seorang mat rempit (gambar kanan) berlari meninggalkan motosikalnya (gambar kanan) setelah ditumbangkan oleh seorang lelaki di pantai tersebut.
Kredit foto: Facebook

Semua mat rempit terbabit bukan saja menunggang motosikal di kawasan berpasir tempat orang ramai berkelah dan mandi-manda, malah membuat bising dengan memulas minyak sekuat-kuatnya.

Pada mulanya, beberapa pengunjung di pantai berkenaan menasihatkan agar remaja-remaja yang menganggotai kumpulan mat rempit itu beredar dari kawasan tersebut.


Orang ramai menasihatkan seorang mat rempit agar beredar dari kawasan pantai
Kredit foto: Facebook

Namun, mereka kelihatan masih berdegil sehingga menimbulkan kemarahan orang ramai yang terganggu dengan aktiviti menyakitkan hati itu.

Mungkin kerana tidak dapat menahan sabar, seorang lelaki yang berang 'menghadiahkan flying kick' kepada seorang remaja yang masih duduk di atas motosikalnya.

Tendangan itu menyebabkan remaja berkenaan terjatuh dan motosikalnya rebah.

Adegan panas antara orang ramai dan mat rempit di pantai tersebut dirakamkan oleh salah seorang saksi kejadian dan video itu seterusnya tular di media sosial.



Sebahagian besar netizen yang menonton video berkenaan turut memberi reaksi bagi menggambarkan perasaan kurang senang mereka dengan sikap biadab mat rempit di lebuh raya dan di stesen-stesen minyak.


Kredit foto: Facebook

Gejala mat rempit nampaknya semakin menjadi-jadi, maka wajarlah pihak berkuasa mengambil tindakan tegas bagi mengekang kegiatan yang tidak sihat ini. - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
2
Marah
3
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
Komen: 35
Komen

Anda Mungkin Meminati

"Nyanyi Dalam Kereta Berdua Tak Malu, Sarung Cincin Acah-Acah Malu! Fake"
'Banyak Campuran Tapi Tak Acah Pelat' - Vivy Tak Terbakar Ke Dibandingkan Dengan Sarimah?
"Macam Budak-budak? Agong Yang Suruh Ambil Gambar, Saya Ikut Arahan Je" - RPA
Sampai Nak Tersembul Payudara, Terbeliak Mata Tengok Baju Fathia Latiff
Maut Dibelasah Dengan Topi Keledar Sebab Tak Bayar Gaji
Tak Tahan Gatal, Lelaki Nyaris Maut Hidung Tertusuk Chopstick
Anwar Ibrahim Dah Nasihat Azmin Ali, Mesti Datang Mesyuarat
Curi Rokok Dan Wang Tunai, Aliff Aziz Didakwa Mahkamah Singapura
Sayalah Yang 'Culik' - Video Kanak-kanak Diculik Hanya Lakonan
Cedera, Luka Sana Sini Masa Shooting Buat Hairul Azreen Rasa Puas!
"Memualkan Bila Orang Melayu Mengaku Tak Reti BM!" - Ramai Selebriti Hentam Isu Pelat BM
Guru Seni Mempertahankan Diri Pukul Isteri Kerana Alihkan TV
Bandar Raya Paling Selamat Di Dunia, KL Di Tangga Ke Berapa?
"Harap, Laki Aku Tak Tengok Video Ni" - Isteri Tua Sanggup Teman Suami Sanding Isteri Muda!
'Macam Serangan Zombie'- Pelanggan Naik Gila Serbu Jualan Murah Uniqlo
'Cecah RM300, Mengalahkan Konvo Universiti' - Majlis Graduasi Tadika Semakin Mahal
"Dari Tahun 2000, Aku Jadi Yatim Piatu Sebab Driver Mabuk Langgar Mak Ayah Aku.."
'Jangan Ingat Kurus, Muda Tu Sihat' - Abai Follow-Up Doktor, Wanita Hampir Hilang Mata, Buah Pinggang
"Keliru Nak Minum Mana Satu" - Warganet Rengsa Bila Ramai Lelaki Komen Double Meaning
"Dajjal Handsome Kerana Mirip Nabi Isa"- Aiman Banna Beri Kenyataan Berdasarkan Ceramah Youtube
"Syukur, Promosi Percuma"- Pengusaha Air Terkedu Bintang Kpop Promosi Produknya

Komen Terbaru

Quote Ina8895 6-10-2019 09:26 PM
Bagus kau bah!

Lain-lain Komen

Quote zulka 4-9-2019 10:30 AM
kat mana ni?
Quote CatMiow 4-9-2019 10:36 AM
zulka: kat mana ni?

Sabah katanya.
Quote yuki812 4-9-2019 10:39 AM
amik ko..
konon press2 bunyi gitu..memekak je..
patut flying kick supersob bagai..bg terpelanting kat pokok atas tu hah..
Quote CatMiow 4-9-2019 10:41 AM
Aku nak tahu juga,  apa bestnya press motor ni kuat2 atau balik2?

Harap ada porumer boleh jawapkan.
Quote prettyuglybabe 4-9-2019 10:44 AM
apasal dorang ramai-ramai tak angkat motor tu campak dalam laut..
baru dia tau erti penyesalan
Quote grosouraus 4-9-2019 10:46 AM
bakar je motor tu...biar balik jalan kaki...x pun hanyutkan je dlm laut.
Quote riyadhK 4-9-2019 10:47 AM
Padan muka.
Quote Kurex 4-9-2019 10:53 AM
Kalau dekat semenanjung, mat rempit ni suka pulas minyak kuat2 dekat stesen minyak..
Quote Boomibulat 4-9-2019 11:00 AM
Semoga brader yg buat flying kick tu tercalon anugerah 'puskas' thn dpn..
Quote ketambangkang 4-9-2019 11:00 AM
"HOBI KAMI MAHAL"  
Quote amyza 4-9-2019 11:11 AM
Garang betul akak tu
Quote ikanmasin 4-9-2019 11:14 AM
bijak btl nak preng2 kat pantai tu..
tgh2 org ramai best2 nak mandi
manda yg g situ buat apa..nampak
sgt kurang ajar kan.benda2 tu ptt nya
mmg tak payah ckp pun tau pantai tu
utk apa..sendri cari psl sakai apa pg
situ ramai2 pl tu.eksen lah kalau ramai2
berlagak cuba sorang2 jer..berani ke preng
motor kat situ..dah tegur pun tak nak dgr
Quote IzzahF 4-9-2019 11:25 AM
Dah la kat Sabah tu nk cari pantai nan indah berseri2 kemain payah. Kalau ada pun penuh rumah air yg byk taik2 dgn sampah kat gigi air tu

Bila ada pantai boleh bercanda ria bole plak main motor situ? Jalan raya tade ke?
Quote niena90 4-9-2019 11:32 AM
Salah tmpt la ko nak memekak bodooooo! Padan muka kena terajang free
Quote mawar_mustika 4-9-2019 11:35 AM
ambk kau..mmg patut kene flying kick tu
Quote giyomi 4-9-2019 11:48 AM
tabik bah sama korg...kt sini pon ptt di wat camtu baru tau langit tinggi rendah. tunjuk samseng konon, sekali bila kena kerumun tau nak lari phuiii
Quote Artemesiaa 4-9-2019 12:01 PM
Bukan kat Sabah je kat semenanjung ni pun ada mat rempit buat perangai macam tu nasib belum kena flying kick macam dalam kes ni je
Quote nuryakmal 4-9-2019 12:09 PM
bodo, kena sepak sikit terus konon2 pengsan
harap moto korang semua masuk pasir.
Quote Ms.Mangga 4-9-2019 12:22 PM
CERITA SEBENARNYA.

Motor tu bukan sebarang motor. Itu motor 2in1. Di darat ianya ialah motosikal tetapi kalau masuk air, jadi jetski.

Sebenarnya bdk2 tu tgh panaskan enjin sebelum masuk dlm air tetapi Tak pasal2 kena flying kick.

Satu je meols nk ckp RASAIN LOE!

Lihat semua komen(35)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.191537s Gzip On
To Top