|
Penyanyi Datuk Sheila Majid, 61, menyambut kehadiran menantu keduanya, di sini, semalam.
Anak sulung penyanyi itu, Kayda Aziz, 34, selamat diijabkabul dengan pasangan, Muhammad Syafiq Othman, 35, dalam majlis yang dihadiri keluarga dan teman rapat. Turut dilihat hadir ialah penyanyi Indonesia, Afgan. Sebelum itu, Sheila yang popular menerusi lagu Antara Anyer dan Jakarta itu dilihat berkongsi video majlis khatam al-Quran, Kayda bersama dua puterinya yang lain. Kayda sebelum ini melangsungkan pertunangan dengan Syafiq pada Jun tahun lalu. Kayda atau nama sebenar, Wan Nur Khaleda Roslan, yang juga penyanyi, mengenali pasangannya itu sejak 2023. Mereka bermula sebagai kenalan biasa sebelum membuat keputusan untuk menjalin hubungan lebih serius dengan mengikat tali pertunangan. Kayda adalah anak sulung Shiela daripada perkahwinan pertamanya dengan komposer Roslan Aziz. Pada 2 Disember lalu anak kedua Shiela, Megat Abdul Majid Aziz Roslan selamat dinikahkan dengan pasangan, Rashiqah Qahirah. Sumber: Harian Metro
|
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
4-2-2026 08:08 PM GMT+8 , Processed in 0.097387 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.