CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13002|Reply: 1

Sheila Majid sambut menantu kedua

[Copy link]
Post time 4-2-2026 11:30 AM | Show all posts |Read mode




Penyanyi Datuk Sheila Majid, 61, menyambut kehadiran menantu keduanya, di sini, semalam.

Anak sulung penyanyi itu, Kayda Aziz, 34, selamat diijabkabul dengan pasangan, Muhammad Syafiq Othman, 35, dalam majlis yang dihadiri keluarga dan teman rapat.

Turut dilihat hadir ialah penyanyi Indonesia, Afgan.

Sebelum itu, Sheila yang popular menerusi lagu Antara Anyer dan Jakarta itu dilihat berkongsi video majlis khatam al-Quran, Kayda bersama dua puterinya yang lain.

Kayda sebelum ini melangsungkan pertunangan dengan Syafiq pada Jun tahun lalu.

Kayda atau nama sebenar, Wan Nur Khaleda Roslan, yang juga penyanyi, mengenali pasangannya itu sejak 2023.

Mereka bermula sebagai kenalan biasa sebelum membuat keputusan untuk menjalin hubungan lebih serius dengan mengikat tali pertunangan.

Kayda adalah anak sulung Shiela daripada perkahwinan pertamanya dengan komposer Roslan Aziz.

Pada 2 Disember lalu anak kedua Shiela, Megat Abdul Majid Aziz Roslan selamat dinikahkan dengan pasangan, Rashiqah Qahirah.

Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-2-2026 01:11 PM | Show all posts
wow tahniah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2026 01:07 AM GMT+8 , Processed in 0.245882 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list