|
Pelakon Sherry Alhadad baru-baru ini berkongsikan pengalamannya berjumpa dengan ‘Abang Jagung’ ketika berada di Istanbul.
Menurut Sherry, dia ke sana atas urusan kerja dan tidak mengenali lelaki berkenaan namun mencarinya selepas ramai netizen memberi cadangan. Sherry berkata dia terpegun dengan ketampangan jejaka itu dan ramai memberi cadangan tersebut kerana leaki tersebut popular di TikTok. “Sebenarnya saya tak tahu kewujudan abang jagung. Apabila saya sampai di Istanbul, ramai yang mencadangkan saya untuk mencari dia sebab dia sangat terkenal di TikTok. Apabila saya lihat dia di media sosial, saya terpegun dengan ketampanannya. “Saya ke sana untuk pengambaraan dan selepas tamat sahaja kami bergegas ke tempat berkenaan. Kami jumpa lokasi lelaki berkenaan melalui TikTok tag,” katanya. Sementara itu, Sherry berkata lelaki tersebut yang disifatkan sebagai peramah dan baik hati namun tidak pasti mengenai status ‘Abang Jagung’ sama ada single atau tidak. “Dia sangat peramah, mungkin sebab dia sedar dia terkenal. Jadi, dia tahu bagaimana untuk melayani pelanggan dan peminatnya. Apabila saya cakap saya berasal dari Malaysia, dia tahu ramai peminat dari negara kita. Saya rasa dia single tetapi saya pun tak pasti,” katanya. Dalam pada itu, Sherry berkata dia tidak memilih jodohnya berasal dari mana termasuk negara luar asalkan seorang yang baik serta menghargai dirinya. “Saya tidak menolak jodoh dari luar negara tetapi mereka tak pandang saya langsung. Saya tiada spesifik ciri-ciri bakal suami berasal dari mana. Siapa yang sesuai dengan saya dan baik dengan keluarga dan kawan-kawan, saya akan terima sahaja,” katanya. Sumber: Gempak, Rotikaya
|
prince_marhaen replied at 4-2-2026 10:49 AM
Why not...u pun Sharifah ada ereb2 walaupun 1% kan... abang ereb2 pulak suka tembam2... onz je lah.. ...
reezrahman replied at 3-2-2026 05:08 PM
orang turkey =/= arab.
prince_marhaen replied at 4-2-2026 03:42 AM
Ohh Turkey kira Europe eh? bukan arab2 juga ye.. Ooo
prince_marhaen replied at 4-2-2026 11:42 AM
Ohh Turkey kira Europe eh? bukan arab2 juga ye.. Ooo
Prickford replied at 4-2-2026 11:55 AM
Turki ni pecah 2 benua rasanya, Eropah & Asia (specific middle east la).

reezrahman replied at 4-2-2026 11:08 AM
orang turkey =/= arab.
sharlenetexas replied at 4-2-2026 12:48 PM
Rasanya turkiye tu lebih dekat dgn parsi.
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
4-2-2026 06:33 PM GMT+8 , Processed in 0.133925 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.