CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7948|Reply: 16

Sheery Alhadad Terpegun Tengok Wajah Abang Jagung, Tak Tolak Jodoh Luar Negara

[Copy link]
Post time 4-2-2026 10:10 AM | Show all posts |Read mode





Pelakon Sherry Alhadad baru-baru ini berkongsikan pengalamannya berjumpa dengan ‘Abang Jagung’ ketika berada di Istanbul.

Menurut Sherry, dia ke sana atas urusan kerja dan tidak mengenali lelaki berkenaan namun mencarinya selepas ramai netizen memberi cadangan.

Sherry berkata dia terpegun dengan ketampangan jejaka itu dan ramai memberi cadangan tersebut kerana leaki tersebut popular di TikTok.

“Sebenarnya saya tak tahu kewujudan abang jagung. Apabila saya sampai di Istanbul, ramai yang mencadangkan saya untuk mencari dia sebab dia sangat terkenal di TikTok. Apabila saya lihat dia di media sosial, saya terpegun dengan ketampanannya.

“Saya ke sana untuk pengambaraan dan selepas tamat sahaja kami bergegas ke tempat berkenaan. Kami jumpa lokasi lelaki berkenaan melalui TikTok tag,” katanya.

Sementara itu, Sherry berkata lelaki tersebut yang disifatkan sebagai peramah dan baik hati namun tidak pasti mengenai status ‘Abang Jagung’ sama ada single atau tidak.

“Dia sangat peramah, mungkin sebab dia sedar dia terkenal. Jadi, dia tahu bagaimana untuk melayani pelanggan dan peminatnya. Apabila saya cakap saya berasal dari Malaysia, dia tahu ramai peminat dari negara kita. Saya rasa dia single tetapi saya pun tak pasti,” katanya.

Dalam pada itu, Sherry berkata dia tidak memilih jodohnya berasal dari mana termasuk negara luar asalkan seorang yang baik serta menghargai dirinya.

“Saya tidak menolak jodoh dari luar negara tetapi mereka tak pandang saya langsung. Saya tiada spesifik ciri-ciri bakal suami berasal dari mana. Siapa yang sesuai dengan saya dan baik dengan keluarga dan kawan-kawan, saya akan terima sahaja,” katanya.

Sumber: Gempak, Rotikaya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-2-2026 10:49 AM | Show all posts
Why not...u pun Sharifah ada ereb2 walaupun 1% kan... abang ereb2 pulak suka tembam2... onz je lah.. untung2 dapat jagung abang..ehhh!!!
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2026 11:08 AM | Show all posts
prince_marhaen replied at 4-2-2026 10:49 AM
Why not...u pun Sharifah ada ereb2 walaupun 1% kan... abang ereb2 pulak suka tembam2... onz je lah.. ...

orang turkey =/= arab.


Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2026 11:11 AM | Show all posts
weh mmg helok ya mamat jagung ni. hensem terok!
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2026 11:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Cinta terjagung?


Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2026 11:42 AM | Show all posts

Ohh Turkey kira Europe eh? bukan arab2 juga ye.. Ooo
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-2-2026 11:55 AM | Show all posts
prince_marhaen replied at 4-2-2026 03:42 AM
Ohh Turkey kira Europe eh? bukan arab2 juga ye.. Ooo

Turki ni pecah 2 benua rasanya, Eropah & Asia (specific middle east la).
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2026 12:01 PM | Show all posts
prince_marhaen replied at 4-2-2026 11:42 AM
Ohh Turkey kira Europe eh? bukan arab2 juga ye.. Ooo

aah, diorang mmg lebih pada eropah.
dari sudut salasiah bangsa pon, mereke lebih pada eropah. edrogan tu pon georgian...


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-2-2026 12:01 PM | Show all posts
Prickford replied at 4-2-2026 11:55 AM
Turki ni pecah 2 benua rasanya, Eropah & Asia (specific middle east la).

dia ada dua bahagian, yg eropah yg asia.

tapi definitely bukan arab.
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2026 12:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Macam mamat pakistan jual carpet kat nilai 3
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2026 12:25 PM | Show all posts
waktu gi sana, memang nampak ramai yang helok keje fnb ni

Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2026 12:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Mmg pergi turkiye nampak yg muda² ensem gila.. bila tgk yg tua² maybe dalam 40an..terkejut terusssss.. gi mana hilang ensem tu..
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2026 12:48 PM From the mobile phone | Show all posts
reezrahman replied at 4-2-2026 11:08 AM
orang turkey =/= arab.

Rasanya turkiye tu lebih dekat dgn parsi.





Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2026 06:17 PM | Show all posts
sharlenetexas replied at 4-2-2026 12:48 PM
Rasanya turkiye tu lebih dekat dgn parsi.

sebelah dengan Bulgaria dan Greece dan Armenia. Di atas syria,
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2026 06:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Entah lah aku x teruja pun tgk mamat ni.agaknya aku dah biasa tgk bangla pakistan yg dah ada kat malaysia semua ni
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2026 10:40 PM From the mobile phone | Show all posts
prince_marhaen replied at 4-2-2026 11:42 AM
Ohh Turkey kira Europe eh? bukan arab2 juga ye.. Ooo

Iyer kaka.. turkey tu omputeh la kiranya. Bukan arab... Kalau arab muka lagi keras lepastu gelap.. gundu2 lak tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-2-2026 11:37 PM | Show all posts
Kenapa macam muka laki Kekyah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2026 01:07 AM GMT+8 , Processed in 1.774448 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list