CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Restoran tiada sijil halal pamer ayat al-Quran kelirukan pelanggan - KPDN

30-1-2026 12:06 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 30283| Komen: 6

 


IPOH: Seorang pemilik premis makanan di Teluk Intan berdepan tindakan undang-undang selepas didapati mempamerkan ayat suci al-Quran dan simbol berkaitan di dalam restoran sehingga menimbulkan kekeliruan tentang status halal makanan yang dijual.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak Datuk Kamalludin Ismail berkata pemeriksaan terhadap premis terbabit dijalankan sepasukan pegawai dan anggota KPDN Cawangan Teluk Intan pada 1 tengah hari semalam.
 
Beliau berkata tindakan mempamerkan penggunaan ayat-ayat suci al-Quran di dalam premis umpama satu dorongan bahawa makanan yang dijual di premis itu halal atau boleh dimakan oleh orang Islam.

"Pemeriksaan mendapati premis gagal mengemukakan dokumen perakuan atau pengesahan halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan menggunakan dua pekerja bukan Islam sepenuhnya dalam penyediaan makanan, termasuk tukang masak.

"Penguat kuasa turut menyita beberapa barangan bernilai RM500 termasuk satu set kalimah Allah dan Muhammad (kayu dan plastik), al-Quran hiasan dinding, salinan Lesen Majlis Perbandaran Teluk Intan (MPTI) dan daftar perniagaan untuk siasatan lanjut," katanya dalam kenyataan hari ini.

Sehubungan dengan itu, Kamalludin berkata pemilik premis berkenaan ditahan untuk diambil keterangan dan beberapa barangan dari premis disita bagi siasatan lanjut mengikut Perenggan 4 Perintah Perihal Dagangan (Takrif Halal) 2011.

"Bagi kesalahan ini, penalti hingga RM1 juta atau penjara maksimum tiga tahun untuk individu, dan hingga RM5 juta untuk perbadanan, boleh dikenakan.

"Pemilik premis juga disiasat di bawah Perenggan 8, Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011, memperuntukkan denda maksimum RM100,000 atau penjara tiga tahun untuk individu, dan hingga RM200,000 untuk perbadanan," katanya.

Beliau berkata KPDN akan mengambil tindakan tegas terhadap peniaga yang menggunakan logo halal atau takrif halal tidak sah kerana boleh mengelirukan orang Islam tentang status halal makanan, barang dan perkhidmatan mereka.


Sumber: Astro Awani

 


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ZORRO5555 30-1-2026 12:18 PM
Jahat Gila perangai
Quote Skuau 30-1-2026 12:35 PM
Pemiliknya sapa??? Tableh 'kena' 3R ke???
Quote silance 30-1-2026 01:29 PM
Bolah agak la sapa buat. C mana ada buat gini.
Quote nisako 30-1-2026 01:41 PM
samannnnnnnnnnnnnn
Quote Decaffeinated 30-1-2026 06:24 PM
Kedai Tomyam pun banyak yang gantung ayat quran, pun tak ada sijil halal.

Quote FOTHER-MUCKER 30-1-2026 06:44 PM
Decaffeinated replied at 30-1-2026 02:24 AM
Kedai Tomyam pun banyak yang gantung ayat quran, pun tak ada sijil halal.

Kedai tomyam tu pemilik melayu islam sebab tu tak kena Walaupun tiada sijil halal

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2026 02:41 PM GMT+8 , Processed in 0.148140 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top