CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 30351|Reply: 10

Restoran tiada sijil halal pamer ayat al-Quran kelirukan pelanggan - KPDN

[Copy link]
Post time 30-1-2026 12:06 PM | Show all posts |Read mode




IPOH: Seorang pemilik premis makanan di Teluk Intan berdepan tindakan undang-undang selepas didapati mempamerkan ayat suci al-Quran dan simbol berkaitan di dalam restoran sehingga menimbulkan kekeliruan tentang status halal makanan yang dijual.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak Datuk Kamalludin Ismail berkata pemeriksaan terhadap premis terbabit dijalankan sepasukan pegawai dan anggota KPDN Cawangan Teluk Intan pada 1 tengah hari semalam.

Beliau berkata tindakan mempamerkan penggunaan ayat-ayat suci al-Quran di dalam premis umpama satu dorongan bahawa makanan yang dijual di premis itu halal atau boleh dimakan oleh orang Islam.

"emeriksaan mendapati premis gagal mengemukakan dokumen perakuan atau pengesahan halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan menggunakan dua pekerja bukan Islam sepenuhnya dalam penyediaan makanan, termasuk tukang masak.

"enguat kuasa turut menyita beberapa barangan bernilai RM500 termasuk satu set kalimah Allah dan Muhammad (kayu dan plastik), al-Quran hiasan dinding, salinan Lesen Majlis Perbandaran Teluk Intan (MPTI) dan daftar perniagaan untuk siasatan lanjut," katanya dalam kenyataan hari ini.

Sehubungan dengan itu, Kamalludin berkata pemilik premis berkenaan ditahan untuk diambil keterangan dan beberapa barangan dari premis disita bagi siasatan lanjut mengikut Perenggan 4 Perintah Perihal Dagangan (Takrif Halal) 2011.

"Bagi kesalahan ini, penalti hingga RM1 juta atau penjara maksimum tiga tahun untuk individu, dan hingga RM5 juta untuk perbadanan, boleh dikenakan.

"emilik premis juga disiasat di bawah Perenggan 8, Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011, memperuntukkan denda maksimum RM100,000 atau penjara tiga tahun untuk individu, dan hingga RM200,000 untuk perbadanan," katanya.

Beliau berkata KPDN akan mengambil tindakan tegas terhadap peniaga yang menggunakan logo halal atau takrif halal tidak sah kerana boleh mengelirukan orang Islam tentang status halal makanan, barang dan perkhidmatan mereka.


Sumber: Astro Awani
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-1-2026 12:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Jahat Gila perangai
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2026 12:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Pemiliknya sapa??? Tableh 'kena' 3R ke???
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2026 01:29 PM | Show all posts
Bolah agak la sapa buat. C mana ada buat gini.
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2026 01:41 PM | Show all posts
samannnnnnnnnnnnnn
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2026 06:24 PM | Show all posts
Kedai Tomyam pun banyak yang gantung ayat quran, pun tak ada sijil halal.

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-1-2026 06:44 PM | Show all posts
Decaffeinated replied at 30-1-2026 02:24 AM
Kedai Tomyam pun banyak yang gantung ayat quran, pun tak ada sijil halal.

Kedai tomyam tu pemilik melayu islam sebab tu tak kena Walaupun tiada sijil halal
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2026 06:04 PM | Show all posts
FOTHER-MUCKER replied at 30-1-2026 06:44 PM
Kedai tomyam tu pemilik melayu islam sebab tu tak kena Walaupun tiada sijil halal

so status halal ni bergantung kepada pemilik juga, kalau isle auto halal eh?

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-1-2026 06:47 PM | Show all posts
Decaffeinated replied at 31-1-2026 02:04 AM
so status halal ni bergantung kepada pemilik juga, kalau isle auto halal eh?

Jika mengikut cara JAKIM dan orang melayu berfikir begitulah. Dan juga pekerja JAKIM sendiri pun makan di gerai dan restaurant melayu yang tiada sijil halal walaupun di gerai mahupun restaurant itu tahap kebersihanya amat diragukan.
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2026 08:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Penonggang ayat quran.
Keji.
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2026 08:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Denda 1 juta biar dia mereput kat situ.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2026 09:00 PM GMT+8 , Processed in 0.056194 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list