|
Penunggang roller coaster berhadapan situasi cemas apabila mereka terperangkap sekitar 50 meter di ruang udara dalam suhu 37 darjah Celsius selama lebih sejam selepas permainan yang digunakan tiba-tiba tidak berfungsi.
Difahamkan, permainan 'Abismo' di Parque de Atracciones di Madrid, Sepanyol, mengalami masalah teknikal yang menyebabkan sekurang-kurangnya sepuluh pengunjung taman tema terperangkap pada Rabu, 3 Ogos. Sebelum kejadian berlaku, kesemua mereka sedang menikmati permainan dengan kelajuan lebih daripada 65mph di sepanjang liku. Bagaimanapun permainan roller coaster berkenaan tiba-tiba berhenti semasa bergerak dalam keadaan menegak di bahagian paling atas, kira-kira jam 9 malam.
Disebabkan perkhidmatan kecemasan tidak dibawa masuk, pengunjung terlibat terpaksa berada dalam keadaan cemas kira-kira satu jam. Pun begitu, tiada kemalangan jiwa dilaporkan berlaku dan taman tema terbabit dibuka seperti biasa pada hari berikutnya. -CARI Sumber: mStar/Daily Star
|
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
17-2-2026 06:18 PM GMT+8 , Processed in 0.062012 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.