|
|
Penunggang roller coaster berhadapan situasi cemas apabila mereka terperangkap sekitar 50 meter di ruang udara dalam suhu 37 darjah Celsius selama lebih sejam selepas permainan yang digunakan tiba-tiba tidak berfungsi.
Difahamkan, permainan 'Abismo' di Parque de Atracciones di Madrid, Sepanyol, mengalami masalah teknikal yang menyebabkan sekurang-kurangnya sepuluh pengunjung taman tema terperangkap pada Rabu, 3 Ogos.
 Foto: Daily Star
Sebelum kejadian berlaku, kesemua mereka sedang menikmati permainan dengan kelajuan lebih daripada 65mph di sepanjang liku.
Bagaimanapun permainan roller coaster berkenaan tiba-tiba berhenti semasa bergerak dalam keadaan menegak di bahagian paling atas, kira-kira jam 9 malam.
Disebabkan perkhidmatan kecemasan tidak dibawa masuk, pengunjung terlibat terpaksa berada dalam keadaan cemas kira-kira satu jam.
Pun begitu, tiada kemalangan jiwa dilaporkan berlaku dan taman tema terbabit dibuka seperti biasa pada hari berikutnya. -CARI
Sumber: mStar/Daily Star |
|