|
Menginjak usia 27 tahun, pelakon dan pengacara popular, Janna Nick merancang untuk memperlahankan kerjaya seninya bagi memberi keutamaan terhadap kesihatan mentalnya.
Janna atau nama sebenarnya Nurul Jannah Muner berkata, kerjaya sebagai pelakon membataskan dirinya untuk mengambil ubat anti kemurungan yang disarankan doktor secara konsisten. "Saya pernah berkongsi mengenai ubat anti kemurungan ini yang mana membuatkan saya kurang beremosi. Jadi, saya berhenti mengambilnya seketika kerana perlu menjiwai watak lakonan. "Tugas sebagai pelakon memerlukan saya untuk mendalami watak yang diberikan sepenuh perasaan. Jadi, hal itu tidak dapat dilaksanakan dengan jayanya sekiranya saya mengambil ubat berkenaan.
"Jadi, saya memilih untuk memperlahankan kerjaya seni dengan bergerak aktif di belakang tabir contohnya di bangku pengarah dan mewujudkan pengurusan artis di bawah jenama saya sendiri," katanya kepada Harian Metro.
|

ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
6-2-2026 08:04 AM GMT+8 , Processed in 1.351701 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.