|
Sejak akhir-akhir ini, semakin banyak pula yang berkongsikan rakaman tentang orang melatah. Kadang-kadang, perkongsian video tersebut mampu membuatkan orang lain terhibur dengan perbuatan spontan mereka ini. Bagaimanapun ada juga perbuatan tanpa disengajakan ini mengundang rasa kasihan kepada mereka yang melatah.
Malah, baru-baru ini satu rakaman memaparkan seorang lelaki mengejutkan rakannya yang melatah turut mencuri perhatian ramai. Manakan tidak, dalam rakaman tersebut lelaki melatah ini sedang membuat kerja-kerja pembaikan kenderaan. Di awal rakaman itu dia turut memberikan amaran tangannya penuh minyak. Namun, dia terus dikejutkan rakan sehingga terlumur minyak ke mukanya sendiri. Semua gara-gara terkejut dan melatah. Berikut adalah rakaman dikejutkan rakan yang menyebabkan lelaki ini melatah:
"Kawan macam ni limited bro. Jaga persahabatan korang elok2..Masih boleh tersenyum dia" "Teringat kawan saya time tu tengah makan kat kantin ada plak kicap dalam botol member cucuk dia terus dia g picit botol kicap habis berkicap semua orang kat situ" |
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
3-2-2026 12:58 AM GMT+8 , Processed in 0.936329 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.