CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Karen Dah Pandai Main Cop Parking Pula!

18-1-2022 03:59 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1976| Komen: 19

Description: Baru-baru ini, tular di TikTok mengenai satu rakaman video yang memaparkan seorang wanita enggan memberi ruangan parkir walaupun ruangan itu kosong.
Kredit foto: TikTok


Baru-baru ini, tular di TikTok mengenai satu rakaman video yang memaparkan seorang wanita enggan memberi ruangan parkir walaupun ruangan itu kosong.

Menurut pengguna tersebut, wanita itu mendakwa tempat letak kereta yang kosong itu miliknya walaupun tidak kelihatan kereta lain ketika waktu itu.



Difahamkan, tindakan wanita yang berdiri di tempat parkir itu berlaku di satu kawasan sekitar Sri Petaling.


Menerusi hantaran video yang telah mendapat lebih 270,000 kali tontonan itu, rata-rata netizen turut memberikan respon negatif dengan mengecam tindakan wanita yang pentingkan diri sendiri itu.



Menurut PDRM, perbuatan cop parkir salah dari segi undang-undang dan ia jatuh di bawah Seksyen 50(3) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan di bawah Seksyen 119, dan akan didenda sehingga RM2,000 atau penjara sehingga enam bulan.


Sumber: BeautifulNara



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote helicornia 18-1-2022 05:13 PM
Bangsa apa pompuan ni
Quote SalenaGomez 18-1-2022 05:50 PM
Kalau call je polis boleh x?? Kalau SG, maybe SG tunggu je dlm keta sampai dia blah…tu pon kalau rajin laa nak cari pasal
Quote intan244 18-1-2022 08:33 PM
omg.. pakai mask dah.. teringat cop shower, cop tempat basuh baju, cop iron baju kat asrama dulu.  
Quote Adrif 18-1-2022 08:47 PM


Perbuatan cop (letak kerusi/moto/kon/pasu bunga/ampaian baju, berdiri atas petak parking dan sebagainya) petak meletakkan kenderaan merupakan kesalahan dibawah Seksyen 50(3) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

SHARE UTK SIMPANAN

INFO:

“Jika mana-mana orang melainkan dengan kuasa yang sah, berada di atas mana-mana jalan atau di mana-mana tempat letak kereta bagi maksud mendesak mana-mana orang lain berkenaan dengan penjagaan atau pencucian sesuatu kenderaan motor, atau bagi maksud mengarahkan mana-mana pemandu sesuatu kenderaan motor berkenaan dengan meletakkan kereta di atas jalan atau di tempat itu, dia melakukan suatu kesalahan.”

Undang-undang ini juga boleh diguna pakai di semua kawasan sama ada ditempat awam mahupun di premis swasta termasuk pusat membeli-belah.

ukuman bagi pesalah cop parking ditetapkan dibawah Seksyen 119 yang membawa penalti tidak lebih RM2 ribu atau penjara tidak lebih 6 bulan bagi kesalahan pertama dan denda sehingga RM4,000 atau penjara tidak lebih 12 bulan bagi kesalahan seterusnya.

Untuk aduan, hantar mesej dengan butiran melalui:

1. Emel ke aduantrafik@jpj.gov.my
2. http://www.wasap.my/60134498997/AduanJPJ

Sertakan butir pengadu (+no kp), lokasi, tarikh dan masa, no plat kenderaan, butiran kejadian.


sumber >>> Ramai Tak Tahu, Tindakan ‘Cop’ Tempat Parking Sebenarnya Boleh Dikenakan Hukuman Penjara, Denda  (2019)
Quote Adrif 18-1-2022 08:53 PM
kalau rajin, dah geram sangat,

1 - amik gambar Karen cop parking, tunggu sampai kereta Karen tu sampai.
2 - snap gambar no plat kereta Karen tersebut.

buat report JPJ. katanya ini cara yang sebetulnya

selain dari yang di atas.. entah.
atas tanggungjawab sendiri kalau nak buat jahat
Quote Adrif 18-1-2022 08:54 PM
syukur Karen gila bertemu dengan orang waras  

zaman sekarang ni ramai yang mental ya

kalau dia buat kat aku. aku turun kejar guna payung sampai la dia jatuh tersadung  
Quote Mulotkoyak 18-1-2022 08:58 PM
Maksudnye Kalo ade kedai yg letak kerusi depan kedai die bole kne denda jugak la kan? Lepas tu yg berniaga di tapak parking pun kne jugak la kan?
Quote merrissa 19-1-2022 06:29 AM
Ada kt tiktok, kete dia kene bkr sb cmpk beskal parking tnpt kete
Quote lemak_masin 19-1-2022 11:46 AM
Kalau moto parking kat tempat kete boleh tak report?. Menyampah betul aku moto suka-suka parking tengah2 kotak parking kete.
Padahal kat petak sebelah dah bersusun moto lain parking kat petak kete lain..kita yang bawak keta takde tempat nak parking.. puiih!
Quote KamikuP 19-1-2022 12:33 PM
Apa pengakhirannya ye? Kalau aku aku sikit sikit kasi kereta pegi depan biar karen tu gerak belakang sampai ajm
Quote pinggan 19-1-2022 01:30 PM
Ni mmg Karen original minah salleh ke. Kelas. Dh buat perangai jongos.
Quote makton 19-1-2022 02:22 PM
klu aku, aku tunggu je situ. klu kete dia sampai aku buat dek je. samada kau berambus @ dua2 takkan dpt parking.

Quote jazaa100 19-1-2022 02:46 PM
lemak_masin replied at 19-1-2022 11:46 AM
Kalau moto parking kat tempat kete boleh tak report?. Menyampah betul aku moto suka-suka parking ten ...

Memang lahanat motor mcm tu....
Pantang ada ruang kosong, menyelit je tetengah
Quote Orangelily 20-1-2022 11:28 AM
lemak_masin replied at 19-1-2022 03:46 AM
Kalau moto parking kat tempat kete boleh tak report?. Menyampah betul aku moto suka-suka parking ten ...

betuiiii sangat..iols salu kena gitu..mmg mnyumpah jer aku kat org bw moto parking kt tpt kete.
Quote Artemesiaa 21-1-2022 04:52 PM
Belajar dengan orang Malaysia juga ler tu
Quote ~boolean 21-1-2022 07:36 PM
Mulotkoyak replied at 18-1-2022 08:58 PM
Maksudnye Kalo ade kedai yg letak kerusi depan kedai die bole kne denda jugak la kan? Lepas tu yg be ...

memang patut kena denda pun...

sama juga yang dah sewa tapak parking hat border kaler merah...walaupun dah sewa tapak, tapi sebenarnya ada had waktu...waktu malam tapak tu boleh diguna orang..tapi hat menyewa ni letak kon bagai taknak bagi orang guna..

nak marah pun tak guna..restoran depan balai polis pun aman bahagia aja guna tapak parking..polis, penguatkuasa semua buat tak nampak..
Quote xAthenax 22-1-2022 07:28 AM
kaka pernah kena dengan orang buat lagu ni di Mesra Mall Kerteh Aiyo berlari lari sheols pergi park kan diri atas parking lot depan pintu masuk walhal sudah parking jauh sikit, menjerit suruh yang dalam kereta mai park situ. Buat tak tahu kat kita yang sudah beri signal nak park. Entitled mentality sampai ke parking bay.
Quote djzara81 22-1-2022 08:03 AM
Mentality low class yg buat perangai cop parking
Quote Nham22 22-1-2022 11:10 AM
Lg satu warung yg buka tepi2x jalan.. Sesuke hati ja letak kerusi atau kon kat depan jalan kedai depa... Kite yg nk parking jd susah...

Lihat semua komen(19)

Kategori Berkaitan




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

29-6-2022 11:26 PM GMT+8 , Processed in 0.075518 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top