|
Sebelum ini, Elon Musk memaklumkan bahawa Tesla sedang merancang untuk menerima kriptowang Dogecoin untuk beberapa barangan dari Tesla.
Perkara berkenaan ini diperkenalkan dari laman rasmi dan sosial media syarikat tersebut. Dengan cara ini, pengguna kriptowang Dogecoin boleh membeli barangan di Tesla. Untuk pengetahuan anda, kriptowang ini dimulakan hanya sebagai meme ataupun jenaka semata-mata, namun kini kriptowang itu mempunyai ramai pengguna dan pembeli yang pada mulanya tidak ambil serius perkara tersebut. Mengikut laman rasmi Tesla, anda boleh membeli Cyberquad dengan harga 12,020 Doge (RM8590.55), ataupun wisel dari Tesla yang berharga 300 Doge (RM214.58) sahaja. Tesla sebelum ini memberitahu yang mereka menerima Bitcoin, tetapi terpaksa menangguhkan penerimaannya kerana isu kurang mesra alam dari penggunaan Bitcoin dan mereka akan menilai semula penggunaan Bitcoin pada masa akan datang. Ada sesiapa sini pernah beli Bitcoin? - CARI |

ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
1-2-2026 08:07 PM GMT+8 , Processed in 0.195144 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.