|
Biarpun wajahnya semakin jarang kelihatan di kaca televisyen mahu layar perak, ia bukan bermakna pelakon Liyana Jasmay, 33, meletakkan titik noktah dalam lakonan, sebaliknya lebih aktif dalam dunia di sebalik tabir sebagai pengarah kreatif.
Mengakui masih berlakon, namun, buat masa ini, Liyana lebih fokus dalam pembikinan supertele terbaharu berjudul Cikgu VS Hantu terbitan syarikatnya, Mermaid Studios. Aktres yang pernah dinobatkan Pelakon Wanita Terbaik, Festival Filem Malaysia Ke-22 itu berkata, dia terbabit dengan filem Baik Punya Ah Long bersama Datuk Afdlin Shauki, tahun lalu.
"Bagaimanapun, saya belum sempat mengambil tawaran lakonan memandangkan penggambaran banyak kali tertunda. "Sepatutnya, saya mungkin sudah ada masa untuk berlakon drama lain, tetapi disebabkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), jadi banyak yang terpaksa dipinda. "Jadi, buat masa ini, saya mahu menyiapkan projek syarikat yang tertangguh dahulu," katanya kepada BH Online.
|
Mamason replied at 20-10-2021 12:17 PM
Dah tak pakai tudung ye dia ni... Rasanya hr tu dah berhijab..

dudaberhias replied at 20-10-2021 12:48 PM
Tak di nafikan dia memang berbakat berlakon. Suka lakonan dia, tapi bukan jadi heroin ye. Belakon ja ...
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
3-2-2026 11:32 AM GMT+8 , Processed in 0.116728 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.