CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Hiburan Tempatan Lihat artikel

"Jangan Guna Muka Saya,"- Rafidah Ibrahim Bengang Tak Dibayar

20-10-2021 10:46 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2773| Komen: 13

Description: "Sekiranya tidak mampu nak bayar saya, sekurang-kurangnya pihak syarikat biarlah ada sedikit rasa malu".
"Sekiranya tidak mampu nak bayar saya, sekurang-kurangnya pihak syarikat biarlah ada sedikit rasa malu".

Demikian kenyataan 'keras' penyanyi, pelakon dan usahawan, Rafidah Ibrahim, 35, yang mengumumkan dia tidak lagi bekerjasama dengan sebuah syarikat pengeluar makanan sejuk beku, produk muslim tempatan.


Malah, dia turut memohon syarikat terbabit untuk tidak menggunakan segala hasil kerja mahupun wajahnya di mana-mana medium pengiklanan produk yang dipasarkan. 

Foto: IG


"Saya terpaksa membuat kenyataan secara terbuka kerana sebelum ini sudah memberitahu pada pihak berkenaan. Tapi, mereka masih lagi menggunakan hasil kerja saya yang pihak syarikat tidak bayar.  


"Untuk mengelakkan tindakan undang-undang diambil, sekali lagi saya tegaskan untuk menurunkan segala yang berkaitan dengan saya termasuk video TVC (iklan komersial) yang dihasilkan oleh saya," katanya menerusi kenyataan di Instagram. 



Fida turut menyertakan ayat yang begitu bermakna apabila berkata, kerja adalah sebahagian daripada ibadah. 

"Carilah tempat kerja yang kita selesa, maruah terpelihara dan paling penting barokah (berkat)," katanya. 


 

Terdahulu Fida sudah menjalinkan kerjasama dengan syarikat yang menjalankan perniagaan produk makanan sejuk beku terbabit sejak tiga tahun lalu. 

Fida yang pernah dikenali dengan drama Cinta Tikar Sejadah dan filem Adik Manja Returns, adalah pengasas perniagaan R Secrets Sdn Bhd. Dia juga popular dengan lagu Apo Kono Eh Jang 2012. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote slyfynx 18-10-2021 02:07 PM
Raline, gmbr petama tu nnt ramai yg slaah paham.
Aku igt die dah no longer dgn husband die
Quote nakkomenjugak 18-10-2021 06:07 PM
Hmmmm kegemaran sangat laki sheol
Iol ngetaste
Quote Raline 18-10-2021 10:51 PM
slyfynx replied at 18-10-2021 02:07 PM
Raline, gmbr petama tu nnt ramai yg slaah paham.
Aku igt die dah no longer dgn husband die

sumber guna gambar tu... kang aku mandai2 tukar kna kecam plak
Quote CARI-MRO 20-10-2021 10:46 AM
"Sekiranya tidak mampu nak bayar saya, sekurang-kurangnya pihak syarikat biarlah ada sedikit rasa malu".


Demikian kenyataan 'keras' penyanyi, pelakon dan usahawan, Rafidah Ibrahim, 35, yang mengumumkan dia tidak lagi bekerjasama dengan sebuah syarikat pengeluar makanan sejuk beku, produk muslim tempatan.


Malah, dia turut memohon syarikat terbabit untuk tidak menggunakan segala hasil kerja mahupun wajahnya di mana-mana medium pengiklanan produk yang dipasarkan.


Foto: IG






"Saya terpaksa membuat kenyataan secara terbuka kerana sebelum ini sudah memberitahu pada pihak berkenaan. Tapi, mereka masih lagi menggunakan hasil kerja saya yang pihak syarikat tidak bayar.  


"Untuk mengelakkan tindakan undang-undang diambil, sekali lagi saya tegaskan untuk menurunkan segala yang berkaitan dengan saya termasuk video TVC (iklan komersial) yang dihasilkan oleh saya," katanya menerusi kenyataan di Instagram.




[ig]https://www.instagram.com/p/CVJsLyMhaB2/[/ig]



Fida turut menyertakan ayat yang begitu bermakna apabila berkata, kerja adalah sebahagian daripada ibadah.


"Carilah tempat kerja yang kita selesa, maruah terpelihara dan paling penting barokah (berkat)," katanya.




[ig]https://www.instagram.com/p/CUMeQcKlm3H/[/ig]



Terdahulu Fida sudah menjalinkan kerjasama dengan syarikat yang menjalankan perniagaan produk makanan sejuk beku terbabit sejak tiga tahun lalu.


Fida yang pernah dikenali dengan drama Cinta Tikar Sejadah dan filem Adik Manja Returns, adalah pengasas perniagaan R Secrets Sdn Bhd. Dia juga popular dengan lagu Apo Kono Eh Jang 2012. -CARI


Sumber: Harian Metro
Quote slyfynx 20-10-2021 12:49 PM
Eh, bukan ke thread dah ade.
Wartawan CARI, sile jgn pemalas untuk tekan butang search.
Makan gaji buta ke hape ni
Quote slyfynx 20-10-2021 12:51 PM
Fida Ibrahim apo kono ejang, sound siapa tu?

18hb dah ade thread @Raline ni
Quote dudaberhias 20-10-2021 12:55 PM
Cara dia tegur bagus sangat, sebab takde apa2 tindakan memang patut pun dia umumkan pada umum... Yang burger tu pun sangkak sangat kah? Ke claim jualan juta2 tapi tak mampu bayar royalty
Quote makton 20-10-2021 01:56 PM
aku tak tahu pun kata dia dah kawin. sendu bethol
Quote Raline 20-10-2021 08:14 PM
slyfynx replied at 20-10-2021 12:51 PM
Fida Ibrahim apo kono ejang, sound siapa tu?

18hb dah ade thread @Raline ni

TQ awak... nanti claim KFC dinner bcket
Quote Raline 20-10-2021 08:16 PM
slyfynx replied at 20-10-2021 12:49 PM
Eh, bukan ke thread dah ade.
Wartawan CARI, sile jgn pemalas untuk tekan butang search.
Makan gaji b ...

kejam nya komen ko ni  

Untitled-1-01.png

lain kali pakai yg ni bru mesra
Quote 266799eMkaY 21-10-2021 03:06 AM
Betullah tu. Bila ntah nak pupus jenis suka ambik kesempatan suka pergunakan org ni.
Quote iznanaziz 21-10-2021 12:40 PM
dah kawin dia ni ya?
tak perasan pulak.
Quote KamikuP 21-10-2021 04:19 PM
Saya datang sekadar lalu saja

Lihat semua komen(13)




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

16-5-2022 05:03 PM GMT+8 , Processed in 0.083600 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top