CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
View: 2191|Reply: 2

Bagaimana Nak Bangun Dan Jaga Luka Selepas "Cesarean"?

[Copy link]
Post time 30-12-2015 04:21 PM | Show all posts |Read mode
Oleh Izzah Abbasy

Ibu hamil jika diberi pilihan untuk bersalin normal dan 'cesarean' (czer) atau pembedahan, sudah pastilah ingin memilih bersalin normal. Namun, semuanya mengikut keadaan kandungan.



Bersalin secara 'cesarean' yang mempunyai 3 jenis pembedahan ini sudah pastilah sakit dan sukar untuk bergerak selepas pembedahan dibuat berbanding bersalin secara normal.




Jadi, bagaimana nak bangun dan jaga luka selepas pembedahan?




Selepas pembedahan


1- Cari tuala bantal untuk ampu luka 'czer'. Jika mampu, beli abdominal binder untuk keselesaan, tampung luka 'czer' dengan baik, dan memudahkan anda untuk bangun, tanpa mengganggu kedua tangan kerana tangan penting untuk menampung badan anda semasa bangun.

2- Mengiring kanan dan kiri.

3- Bersedia untuk menjatuhkan kaki anda ke bawah dari katil.

4- Dengan menggunakan kekuatan tangan perlahan0lahan cuba bangun sehingga anda dalam posisi duduk.

5- Stabilkan diri anda. Bernafas dgn baik, tunggu dalam 3 hingga 5 minit jika tiada pening, bangun perlahan-lahan dan berdiri

6- Stabilkan diri anda, jika tiada rasa pening mulakan langkah anda.






Penjagaan luka pembedahan

1- Makan makanan yang berzat dan seimbang. Lebihkan protein dan vitamin untuk penyembuhan dan melawan jangkitan kuman.

2- Pastikan luka sentiasa kering terutama selepas mandi.

3- Jangan letak apa-apa ubat traditional pada luka.

4- Jika anda jenis yang banyak berpeluh semasa pantang, elakkan pemakaian baju yang tebal. Peluh mengundang kuman yang menyebabkan luka terkena jangkitan seterusnya mengakibatkan luka terbuka dan bernanah. Berpantang ikut kesesuaian dan keadaan badan kita, bukan badan org lain.

5- Lakukan senaman pernafasan dengan berbaring, nafas dari hidung dengan menaikkan abdomen (seperti surge breathing/ belly breathing) untuk meningkatkan peredaran darah, bagi luka cepat sembuh dan memantapkan abdomen (untuk elak perut buncit).


Info : Kelab Pakar Hamil
Foto : Google
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2015 12:55 PM | Show all posts
ngeri tgk pic belah kat perut tu.. scary!
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2016 09:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Kaedah pembedahan ni banyak bantu ibu2 yang x boleh bersalin normal. Memang ngeri kalau dibayangkan perut kena toreh.. Tapi demi menyelamatkan nyawa ibu dan bayi, redho sajalah.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan



Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

25-6-2022 06:12 AM GMT+8 , Processed in 2.673957 second(s), 21 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list