|
|
Edited by GhostWalking at 13-12-2015 03:21 PM
‘Kalau saya pengundi, saya tidak undi menteri macam ini’
BY: AHMED SYAHRIL ZULKEPLY
Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Syed Hamid Albar meluahkan rasa kecewa terhadap seorang menteri yang cukup sombong dan menunjukkan jawatannya di khalayak ramai. - Foto TRP/Wan Kah Hoong
KUALA LUMPUR, 11 Disember:
Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Syed Hamid Albar meluahkan rasa kecewa terhadap seorang menteri yang cukup sombong dan menunjukkan jawatannya di khalayak ramai.
Menurutnya, hari ini ketika beliau berada di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), beliau bertemu dengan menteri terbabit yang didakwanya cukup kasar dan kurang bersopan.
“Kalau saya pengundi, saya tidak akan mengundi menteri macam ini. Buat orang benci pada kerajaan sahaja. Pada hal, masa saya menteri dia tidak ada jawatan pun.
“Dia cakap Kabinet tidak bersetuju dengan kenaikan tambang. Dia kata dia dalam kabinet dan menteri dia tahu. Saya beritahu padanya menteri dilantik Perdana Menteri dan SPAD tidak pandai-pandai buat keputusan,” katanya seperti yang dipetik dari Facebook miliknya.
fb
Luahan Tan Sri Syed Hamid Albar di Facebooknya.
Syed Hamid berkata, SPAD selalunya memberitahu syarikat operator untuk berhati-hati apabila hendak menaikkan tambang kerana ia tidak popular.
“Kerana dia kasar dan sombong, saya terus hubungi ketua pegawai eksekutif untuk mengetahui keadaan. Telah diluluskan oleh kabinet dan ERL diluluskan oleh EC dan hendak tentu kita tidak pandai-pandai buat keputusan maka kita dapatkan pengesahan.
“Bila disahihkan baru kita maklumkan pada syarikat. Itulah masalah mencari populariti dan jadikan SPAD ‘punching bags’. Susah macam ini,” katanya.
Tambahnya, beliau juga berasa kecewa melihat tingkah laku dan keangkuhan menteri tersebut.
“Pada mulanya saya hanya mahu meninggalkan semua ini. Umno dimana kita berikan segala-galanya kini diuruskan oleh pemimpin yang mementingkan diri sendiri yang begitu taksub dengan kedudukan dan kuasa mereka.
“Terima kasih rakan-rakan FB yang membuatkan saya berasa masih ramai di luar sana yang memiliki nilai-nilai murni dan akhlak yang baik,” katanya.
Trp |
|