CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2560|Reply: 9

[Dunia] Edisi Tahniah: Pemandu Teksi KL Diundi Paling Teruk Di Dunia

 Close [Copy link]
Post time 3-7-2015 07:33 AM | Show all posts |Read mode

PEMANDU teksi di Malaysia mendapat ‘pengiktirafan dunia’ apabila diundi sebagai ‘Pemandu teksi paling teruk di dunia’ menerusi satu bancian yang dilakukan oleh laman web British, LondonCabs.co.uk yang membuat perbandingan perkhidmatan teksi yang ditawarkan di seluruh dunia.

Menurut laporan daripada portal itu, pemandu teksi di Kuala Lumpur terkenal dengan perangai buruk mereka yang suka mengenakan tambang berlebihan kepada penumpang.

“Walaupun mereka seharusnya perlu mengenakan bayaran mengikut meter teksi tapi kebanyakan mereka menolak untuk berbuat demikian.

“Nasihat terbaik anda hanya perlu menunggu teksi lain sahaja sekiranya mereka tidak mahu menggunakan meter,” kata laman portal tersebut.

Selain itu, mereka turut merungut teksi di Kuala Lumpur kelihatan agak buruk dan tidak cantik dipandang.

Selepas Kuala Lumpur, pemandu dari Rom, Itali tersenarai di tangga kedua dalam senarai berkenaan kerana sikap biadap dan caj melampau yang dikenakan mereka.

“Kebanyakan pelancong di sana sering berdepan dengan pemandu teksi yang biadap dan sukar untuk memberikan kerjasama dengan pelancong.

“Jika hari itu hujan, anda jangan terkejut kalau mereka minta bayaran dua atau tiga kali ganda di sana,” tambah portal itu lagi.

Pemandu teksi di Bangkok, Thailand menduduki tangga ketiga yang mana mereka sering tidak mengetahui arah jalan yang ingin dituju pelancong.

Antara pemandu teksi yang turut tersenarai dalam kategori yang tidak membanggakan ini ialah Paris, New York, Mumbai, Zurich, Cairo, Shanghai dan Moscow. – MYNEWSHUB.CC



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-7-2015 07:38 AM | Show all posts
dakyah yahudi uber jek nih..
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2015 07:40 AM | Show all posts
tahap kebersihan masih rendah.....
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2015 07:45 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2015 07:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Ok le tu,, kl setaraf dgn paris,  new york.
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2015 07:49 AM From the mobile phone | Show all posts
slhkan pak menteri pelahap mcm babun tuh.... pemandu teksi ade diberi latihan ke apa.... kenal seme jln ke? meter tu korg charge brp? klau yg atas tu dah kenyang goyg telur.... nak mintak pemandu yg tertekan seme tu nak bersikap jujur?

hanya 5% pemandu teksi yg jujur yg lain2 seme kaki paww
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-7-2015 07:51 AM | Show all posts
cuti cuti mesia
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2015 07:59 AM | Show all posts
Tahniah!! Good job Malaysia!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-7-2015 11:39 AM | Show all posts
beribu ribu tania
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2015 11:58 AM | Show all posts
MEMANG KURANG AJAR. TAK BG SIGNAL. MAIN MASUK LANE. GERAAAMMMM
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Hilang lebih RM3,000 penangan ringgit mengganas.Pekerja Malaysia di Singapura tertekan
AbahmungHilang lebih RM3,000 penangan ringgit me
Views : 18280 Replies : 18
K-VARIETY SHOW
RahahK-VARIETY SHOW
Views : 277109 Replies : 1518
PANAS!!!Adik Ipar  Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz
Burong_HantukPANAS!!!Adik Ipar Datuk Seri Mohamed Na
Views : 77023 Replies : 214
Laii..  Laii..  Alasan Penghakiman DIE SHIT Perogol #GoogleDrive
tumpanglalu74Laii.. Laii.. Alasan Penghakiman DIE S
Views : 28467 Replies : 128
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 54759 Replies : 1063
Aisyah Aziz dah kahwin!
RalineAisyah Aziz dah kahwin!
Views : 16291 Replies : 135
Wajah-wajah orang politik tersohor negara masa muda dan kini
piyek92Wajah-wajah orang politik tersohor negar
Views : 13963 Replies : 16
Selamatkan guru elak terjerat hutang dan bankrap
langkahkaki4525Selamatkan guru elak terjerat hutang dan
Views : 15389 Replies : 6
Membazir air,netizen bangkang Pesta Air Ala Songkran Anjuran MOTAC di Bukit Bintang.Bukan budaya kito!
YgBenarMembazir air,netizen bangkang Pesta Air
Views : 24369 Replies : 71
Akhirnya AJL terkubur. TV3 merajuk?
af_maniaAkhirnya AJL terkubur. TV3 merajuk?
Views : 3931 Replies : 50

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2026 08:36 AM GMT+8 , Processed in 3.512353 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list