CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
12Next
Return to list New
View: 4078|Reply: 36

[Jenayah] Pemuda Tendang Ibu DiTemani Abam Rosdi Dan Kawan Barunya

[Copy link]
Post time 9-6-2015 11:00 AM | Show all posts |Read mode
Edited by GhostWalking at 9-6-2015 03:01 AM

                                                                            Mohamad Rozemy dipenjara selepas mengaku salah di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu, semalam.                                                                     

[url=]
[/url]                 




        KUALA TERENGGANU - Seorang pemuda yang tergamak menendang ibu dan mengugut mahu membunuh ayahnya gara-gara inginkan wang untuk membeli bekalan dadah menerima pembalasan apabila dijatuhi hukuman penjara tiga tahun dan 10 bulan oleh Mahkamah Majistret Kuala Terengganu, di sini, semalam.

        Mohamad Rozemy Ismail @ Abd Ghani, 35, dari Kampung Batin, Seberang Takir, Kuala Nerus, dijatuhi hukuman berkenaan selepas mengaku salah atas dua pertuduhan iaitu sengaja mencederakan ibunya dan melakukan ugutan jenayah terhadap ayahnya.

        Bagi pertuduhan pertama, Mohamad Rozemy mengaku salah dengan sengaja telah menyebabkan kecederaan kepada ibunya, Azizah Che Endut, 63, di kediaman mereka di Kampung Batin, Seberang Takir, Kuala Nerus, lebih kurang jam 10.30 pagi, 2 Jun lalu.

        Dengan itu, dia mengaku salah melakukan kesalahan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara boleh sampai setahun atau denda boleh sampai RM2,000 atau kedua-duanya sekali, jika disabitkan kesalahan.

        Bagi pertuduhan kedua pula, Mohamad Rozemy mengaku salah telah mengugut hendak membunuh ayahnya, Ismail Abdolah @ Abd Ghani Abdullah, 69, menggunakan sebilah pisau, di kediaman mereka, pada hari dan waktu yang sama.

        Dengan itu, dia mengaku salah melakukan kesalahan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah yang memperuntukkan hukuman penjara boleh sampai tujuh tahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekali, jika disabitkan kesalahan.

        Susulan pengakuan salah bagi kedua-dua jenayah itu, Majistret Rozianti Mohamed Hanaphi menjatuhkan hukuman 10 bulan penjara bagi kesalahan mencederakan ibunya dan tiga tahun penjara kerana mengugut mahu membunuh ayahnya.

        Rozianti memerintahkan kedua-dua hukuman berkenaan berjalan berasingan.

        Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Inspektor Mohd Zainuddin Abd Ghani.

        Berdasarkan fakta kes, pada hari kejadian, ketika pasangan suami isteri ini sedang berehat di rumah, mereka telah dihampiri anak lelaki, Mohamad Rozemy dalam keadaan marah-marah sambil meminta wang untuk membeli dadah.

        Mangsa, Ismail@Abd Ghani enggan menyerahkan wang seperti yang diminta dan keputusan itu telah menyebabkan Mohamad Rozemy semakin naik angin sebelum mengamuk mengambil sebilah pisau pemotong sayur lalu mengugut mahu membunuh mangsa.

        Disebabkan ketakutan, mangsa menyerahkan RM20 kepada Mohamad Rozemy yang terus meninggalkan kediaman mereka.

        Bagaimanapun, dia masih tidak berpuas hati sebelum bertindak meminta sejumlah wang kepada ibunya pula.

        Namun, permintaan itu gagal ditunaikan menyebabkan dia bertindak kejam menendang warga emas itu sebelum mengamuk memecahkan dan merosakkan barang di dalam rumah.

   [url=]http://www.sinarharian.com.my/edisi/terengganu/pemuda-tendang-ibu-ugut-ayah-dihukum-1.399136
[/url]

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-6-2015 11:01 AM | Show all posts
Rosdi ke Rosle?

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-6-2015 11:03 AM | Show all posts
koleksi Abam Rosdi terdahulu:

Penjara 12 Tahun 10 Sebatan Miliki Dadah,Abam Rosdi Seakan Memujuk Lembut
http://mforum.cari.com.my/forum. ... amp;fromuid=1959737


Anak Biadap Mencebik Terima Balasan.Abam Rosdi Nampak Mengantuk Sangat
http://mforum.cari.com.my/forum. ... amp;fromuid=1959737


Mengaku Salah Pukul Rakan.Hari Ini Abam Rosdi Off Duty
http://mforum.cari.com.my/forum. ... amp;fromuid=1959737




Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2015 11:05 AM | Show all posts
Lepas 3 tahun 10 bulan, keluar jel, apa agaknya kes yg mamat ni akan create, kesian mak bapak
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-6-2015 11:06 AM | Show all posts

rosle tu bff baru abang rosdi yang mata mengantuk tuh
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2015 11:08 AM | Show all posts
ala... gmba terbaru abam rosdi x dpt nak tgk... gmbo x kuar...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-6-2015 11:36 AM | Show all posts
mukapun muka penjenayah..
sok keluar penjara lagi teruk ni
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2015 11:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Elok mereput dlm jel..nyusahkan mak pak jah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-6-2015 11:45 AM | Show all posts
abg rusdi dr bod MPS tu ke..

Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2015 11:55 AM | Show all posts
omai! macam mana boleh dapat detect abam rosdi ni
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2015 11:55 AM From the mobile phone | Show all posts
abang rosdi mmg selalu masuk sokabor
iols pun dah leh cam muke dia dah
asal kes kat ganu harus wajah heols terpampang
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2015 11:59 AM | Show all posts
selaYaKnyaLaH IbU dan BaPa heshe keNa tenDang DaN UgUt. TiDaK PanDai MenDidiK aNaK, jeNis StoK paReNt yaNg haNya TahU meNgaWan daN MeMbiak.
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2015 12:00 PM | Show all posts
Ermm...Terengganu lagi...
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2015 12:09 PM | Show all posts
owhhh... abang polistu yang namanye rosdi. terrer betul korunk.... ingat aje.
aq tgk balik link2 tu, baru paham
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2015 01:01 PM | Show all posts
emm...dgn mak sendiri tu...baru balasan donia ni...
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2015 01:05 PM | Show all posts
GhostWalking replied at 9-6-2015 11:03 AM
koleksi Abam Rosdi terdahulu:

Penjara 12 Tahun 10 Sebatan Miliki Dadah,Abam Rosdi Seakan Memujuk  ...

lawak laa korg
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-6-2015 01:13 PM | Show all posts
GhostWalking replied at 9-6-2015 11:03 AM
koleksi Abam Rosdi terdahulu:

Penjara 12 Tahun 10 Sebatan Miliki Dadah,Abam Rosdi Seakan Memujuk  ...

salutelah. siap ada koleksi abam Rosdi. Harap anak2 die menjadi. doa ni

Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2015 01:36 PM | Show all posts
budak cam nie perlu motivasi yang tinggi....bertaubat ler sebelum terlambat boss...
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2015 01:46 PM | Show all posts
Umur dah 35 tu... duit masih mintak mak bapak...
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2015 01:50 PM | Show all posts
GhostWalking replied at 9-6-2015 11:03 AM
koleksi Abam Rosdi terdahulu:

Penjara 12 Tahun 10 Sebatan Miliki Dadah,Abam Rosdi Seakan Memujuk  ...

cam haram TT, siap ada rekod link Abam Rosdi tuh.

aku takleh blah "Rosdi Off Duty"  
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2026 01:35 AM GMT+8 , Processed in 0.355823 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list