|
|
Tertuduh dikawal polis keluar dari mahkamah selepas dituduh, semalam.
[url=]
[/url]
KOTA BHARU - Seorang pemuda mengaku salah di mahkamah majistret, di sini, semalam, atas tuduhan menyebabkan kecederaan terhadap kenalannya dengan menggunakan sebatang kayu.
Hukuman terhadap Muhamad Syafarhan Alias, 20, bagaimanapun ditangguhkan kerana masih menunggu laporan perubatan mangsa.
Tertuduh didakwa menyebabkan kecederaan ke atas Norzuki Mohd Nor, 19, di tepi jalan Simpang Tiga Gaal, Bukit Yong, Pasir Puteh, jam 9.30 malam, 9 Disember tahun lalu.
Pada prosiding itu, Timbalan Pendakwa Raya negeri, Siti Hajar Alias menawarkan jaminan RM8,000 dengan seorang penjamin.
Jumlah itu bagaimanapun dirayu supaya dikurangkan oleh tertuduh melalui peguam dari Yayasan Bantuan Guaman yang mewakilinya.
Majistret, Mohamad Nasrudin Mohamed membenarkan tertuduh diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin. Kes ditetapkan untuk sebutan semula pada 1 Jun depan.
http://www.sinarharian.com.my/edisi/kelantan/mengaku-salah-pukul-rakan-dengan-kayu-1.384654
|
|