CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
123Next
Return to list New
View: 8137|Reply: 53

[Jenayah] Cabut Lari Di Gertak Awek

[Copy link]
Post time 6-7-2014 02:34 AM | Show all posts |Read mode
[size=0.9em]Kuala Lumpur: Tindakan berani seorang wanita menggertak dan mengambil gambar dua penjenayah cuba mencuri kenderaan yang menyamar sebagai pekerja agensi tarik kereta menyebabkan suspek melarikan diri.
[size=0.9em]Dalam kejadian jam 2 petang semalam, mangsa yang berusia 32 tahun hampir dirompak penjenayah ketika berada di kawasan meletak kenderaan sebuah pusat beli-belah di Selayang, Gombak.
[size=0.9em]
Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Zeti, berkata, kejadian berlaku ketika dia sedang memandu kereta Perodua Kelisa bersendirian untuk membeli barang dapur.
[size=0.9em]Menurutnya, kereta dipandunya secara tiba-tiba dipintas dan dihadang sebuah kereta Perodua Viva dinaiki dua suspek terbabit.
[size=0.9em]
Dia berkata, dua lelaki yang dianggarkan berusia pertengahan 30-an itu secara tiba-tiba mengarahkannya keluar daripada kenderaan dan menyerahkan kunci kereta.
[size=0.9em]
“Seorang suspek memberitahu bahawa dia ditugaskan pihak bank untuk merampas kereta itu kerana saya gagal membayar ansuran bulanan. “Saya yang terkejut dengan arahan lelaki itu terus mengajaknya berbincang di pintu masuk pasar raya itu. Saya berasa sangsi kerana kereta itu tidak lagi terikat dengan pinjaman bank berikutan semua baki ansuran sudah dijelaskan,” katanya ketika ditemui di Balai Polis Sentul di sini, semalam.

[size=0.9em]Tidak puas hati dengan tindakan suspek yang cuba memperdayakannya, Zeti meminta suspek menunjukkan surat arahan dari bank bagi menarik kereta itu selain memberitahu nama pemilik sebenar kenderaan dipandu.
[size=0.9em]“Malangnya suspek gagal menunjukkan sebarang bukti dokumen selain memberitahu nama sebenar pemilik kereta ini,” katanya, Bagaimanapun, tembelang kedua-dua penjenayah terbongkar apabila seorang suspek berpura-pura menelefon seorang `pegawai bank’ dan bertutur dalam bahasa Tamil.

[size=0.9em]“Dia mendakwa mendapatkan maklumat daripada pegawai bank yang mengarahkan kereta saya ditarik. Namun saya tambah pelik apabila dia memberitahu bahawa pegawai bank itu bernama Faizal sedangkan dia berbual dalam bahasa Tamil.
[size=0.9em]
“Saya kemudian bertindak berani mengeluarkan telefon bimbit dan merakam gambar suspek dan kereta dipandu. Tindakan saya itu menyebabkan penjenayah tersentak seketika,” katanya.
[size=0.9em]
Terkejut dengan tindakan mangsa, suspek kemudian terus melarikan diri dari lokasi kejadian.
[size=0.9em]
Sementara itu Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner R. Munusamy ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berkenaan dan berkata siasatan lanjut akan dijalankan pihaknya berhubung kejadian itu.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/05Read here: http://www.hmetro.com.my/myMetro ... /Article/index_html
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-7-2014 02:39 AM | Show all posts
selayang..??...gombak..??

@boyagombak  .....sat lagi lu famous amos la gambar sudah kena ambik....



Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2014 02:48 AM | Show all posts
Perkida, Perkida...
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2014 02:54 AM From the mobile phone | Show all posts
lavasahur posted on 6-7-2014 02:39 AM
selayang..??...gombak..??

@boyagombak  .....sat lagi lu famous amos la gambar sudah kena ambik... ...

Cheitt poodah cheitt.wa cakap Hindustan tau la psl ada kena mengena dgn SRK & Salmonella Khan. Tapi awek tu ada ckp yg salah sorang koling tu panggil kawannya labatambi. Lu tunggulah ya kut nnti ada org ketuk pintu masa sahur nnti. Selamat bersahur di IPD Gumbak
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2014 02:54 AM | Show all posts
perodua dengan perodua, proton tepuk tangan
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2014 02:59 AM | Show all posts
boyagombak posted on 6-7-2014 02:54 AM
Cheitt poodah cheitt.wa cakap Hindustan tau la psl ada kena mengena dgn SRK & Salmonella Khan. Tap ...

gombak tarak ipd la...sentul ada..gombak tumpang sekaki situ..

abang ipar member wa adik dia polis yg bagitau..



Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-7-2014 03:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Viva nak rompak kelisa...

ckp lebih2 kan tergelincir jadi riak ujub takbur...
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2014 03:03 AM | Show all posts
Keleng rupanya perompak tu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-7-2014 03:29 AM | Show all posts
perompak terlupa seketika ..
ada nya alat canggih manggih sekarang ni

Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2014 03:40 AM | Show all posts
Masih bernasib baik
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2014 05:50 AM | Show all posts
Siang2 hari pun dah tak selamat
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2014 05:53 AM | Show all posts
beraninya...nasib depa tak cedera atau membunuh...sebenar kita sebagai mangsa tu la yang paling kita takut..
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2014 05:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Mana gambarnya pencuri2 tidak semenggah itu...
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2014 05:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Pompuan ni memang berani
Kena ajo anak bini ni
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2014 06:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Harap gambar tersebut go viral supaya pompuan lain boleh berwaspada..
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2014 06:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Berani nya hakak berhentikan kereta...

Buatnya org tu mmg beli kereta cash, confirm terpinga2.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-7-2014 06:10 AM | Show all posts
paria dan taktik tarik kete mmg susah dipisahkan..diharap polis tembak mampos
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2014 06:23 AM | Show all posts
kat malaysia nie kena pakai kereta beat up car aje , kalau kereta dah tua
lapuk memang penyamun pun tak nak samun sebab kereta tua perception
org tak ada duit kan?
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2014 06:34 AM From the mobile phone | Show all posts
kakikuDibibirmu posted on 6-7-2014 02:54 AM
perodua dengan perodua, proton tepuk tangan

malu la nak bandingkan  preve yg 6 airbags dgn keta2 murah perodua tuu
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2014 06:39 AM | Show all posts
nasib kete tu dah habis bayor..

kalau x..mungkin terkena..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-2-2026 02:48 AM GMT+8 , Processed in 0.666547 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list