CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 3092|Reply: 0

Selamat ulang tahun ke-40, VW Golf!

[Copy link]
Post time 2-4-2014 01:15 PM | Show all posts |Read mode


Lebih 30 juta unit telah terjual di peringkat global sejak ia mula diproduksi pada tahun 1974 iaitu empat dekad yang lalu. Kecemerlangan dan kegemilangannya kerap kali diperkata, antaranya menjadi antara model hatchback yang paling laku jualannya di dunia. Itulah kelebihan yang ada pada si cilik Volkswagen (VW) Golf.

Dianggap sebagai ikon dan trend-setter, VW Golf telah dikeluarkan dalam beberapa siri enjin. Antaranya enjin turbo, elektrik, hibrid dan enjin konvensional iaitu pancitan terus bahan api.

Mengimbas semula sejarah kelahirannya, siri pertama Golf mula diproduksi pada 29 Mac 1974 di Wolfsburg. Ia telah menjadi penyambung kejayaan kereta ikonik penuh lagenda, Beetle. Direka bentuk oleh Giorgio Giugiaro dan Volkswagen Design, Golf pantas menerima perhatian umum.

Pada tahun 1976, Golf GTI pertama diperkenalkan, diikuti oleh Golf D yang dijanakan oleh enjin diesel, dan kemudian Golf GTD (berenjin turbodiesel pada tahun 1982).




Tahun 1979, Golf Cabriolet pula diperkenalkan sebagai ‘open car’ yang menjadi idaman ramai. Tahun 1991, generasi ketiga Golf diproduksi dan merupakan siri pertama yang dilengkapi dengan beg udara.

Model demi model Golf diperkenalkan, dan pada 4 September 2012, VW memperkenalkan generasi ketujuh Golf pula. Terbaru, VW dikatakan bakal memperkenalkan Golf GTE3 baharu pada musim luruh ini yang menggunakan sistem plug-in hybrid dan mod elektrik.

Nampak gayanya sejarah kegemilangan Golf takkan terhenti selagi ia menjadi antara kereta idaman dunia. Sering kali merangkul anugerah ‘Kereta Tahunan Dunia’, Golf yang sudah pun memasuk fasa ‘sangat-matang’ ini pastinya akan terus menggilap lebih banyak teknologi terkini bagi menyambung legasinya.

Selamat ulang tahun ke-40, Golf!

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Hobi & Koleksi


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Hilang lebih RM3,000 penangan ringgit mengganas.Pekerja Malaysia di Singapura tertekan
AbahmungHilang lebih RM3,000 penangan ringgit me
Views : 18280 Replies : 18
K-VARIETY SHOW
RahahK-VARIETY SHOW
Views : 277109 Replies : 1518
PANAS!!!Adik Ipar  Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz
Burong_HantukPANAS!!!Adik Ipar Datuk Seri Mohamed Na
Views : 77023 Replies : 214
Laii..  Laii..  Alasan Penghakiman DIE SHIT Perogol #GoogleDrive
tumpanglalu74Laii.. Laii.. Alasan Penghakiman DIE S
Views : 28467 Replies : 128
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 54759 Replies : 1063
Aisyah Aziz dah kahwin!
RalineAisyah Aziz dah kahwin!
Views : 16291 Replies : 135
Wajah-wajah orang politik tersohor negara masa muda dan kini
piyek92Wajah-wajah orang politik tersohor negar
Views : 13963 Replies : 16
Selamatkan guru elak terjerat hutang dan bankrap
langkahkaki4525Selamatkan guru elak terjerat hutang dan
Views : 15389 Replies : 6
Membazir air,netizen bangkang Pesta Air Ala Songkran Anjuran MOTAC di Bukit Bintang.Bukan budaya kito!
YgBenarMembazir air,netizen bangkang Pesta Air
Views : 24369 Replies : 71
Akhirnya AJL terkubur. TV3 merajuk?
af_maniaAkhirnya AJL terkubur. TV3 merajuk?
Views : 3931 Replies : 50

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2026 08:48 AM GMT+8 , Processed in 0.078985 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list