CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 34427|Reply: 0

[Pulau Pinang] Pekerja asing dilarang masak di bazar Ramadan Pulau Pinang - MBPP

[Copy link]
Post time 21-2-2026 03:38 AM | Show all posts |Read mode
Pekerja asing dilarang masak di bazar Ramadan Pulau Pinang - MBPP

Siti Aminah Mohd Yusof[email protected]





RAJENDRAN (dua kiri) melawat bazar ketika majlis perasmian Bazaar Ramadan Liga Muslim Pulau Pinang di Lebuh Queen. FOTO Auris Faqrurazzi




Georgetown: Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) akan melakukan pemantauan berkala membabitkan semua bazar Ramadan di bawah pentadbirannya bagi memastikan tiada warga asing berniaga di premis berkenaan atau memasak makanan.

Datuk Bandar MBPP, Datuk Ir A Rajendran berkata, pihaknya akan mengambil tindakan tegas sekiranya peniaga menyewakan gerai kepada warga asing atau membenarkan pekerja asing mengendalikan operasi gerai terutamanya memasak makanan.

"Pekerja asing kita masih bertoleransi dan memberi kebenaran, tetapi hanya untuk membantu perniagaan bukan untuk memasak makanan yang dijual di bazar Ramadan.

"Di bawah pentadbiran kita ada 27 bazar berbanding 26 lokasi bazar tahun lalu kerana kita menerima satu permohonan tambahan di Lorong Kulit," katanya ketika ditemui selepas merasmikan Bazar Ramadan Liga Muslim Pulau Pinang di sini, semalam.

Mengulas isu kesesakan trafik, beliau menasihatkan orang ramai supaya bertolak ansur dan merancang perjalanan.

"Saya nasihatkan pengunjung supaya meletakkan kenderaan agak jauh dan berjalan kaki bagi mengurangkan kesesakan.

Bazar Ramadan memang menjadi tumpuan ramai dan kesesakan sukar dielakkan, namun boleh dikurangkan dengan perancangan yang baik.

"Bagi MBPP kami ambil langkah fleksibel dari segi penguatkuasaan parkir.

Tetapi tindakan tetap akan diambil terhadap kenderaan yang diletakkan sehingga mengganggu aliran trafik atau menimbulkan bahaya kepada orang ramai," jelasnya.



Disiarkan pada: Februari 20, 2026 @ 12:07pm

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2026/02/1324663/pekerja-asing-dilarang-masak-di-bazar-ramadan-pulau-pinang-mbpp




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-2-2026 05:58 PM GMT+8 , Processed in 0.343467 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list