CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 38517|Reply: 0

[Pulau Pinang] Bilal remaja mahir lima teknik taranum azan

[Copy link]
Post time 19-2-2026 04:07 PM | Show all posts |Read mode
Edited by sfhzuraz at 19-2-2026 04:08 PM

Bilal remaja mahir lima teknik taranum azan

Zuhainy Zulkiffli - Februari 19, 2026 @ 1:07pm




Bilal remaja, Muhammad Harraz Darwisy bersama keluarga menunjukkan sijil pencapaian dan anugerah yang dimenanginya dalam pelbagai pertandingan azan. Foto Zuhainy Zulkiffli/ NSTP



GEORGETOWN: Usianya baru sahaja menjangkau 13 tahun, namun kebolehannya bertaranum atau melagukan azan memukau sesiapa sahaja yang mendengar.

Remaja berkenaan, Muhammad Harraz Darwisy Sharulremy, kini turut diberi peluang menggalas tugas sebagai muazin atau bilal gantian di beberapa masjid di daerah Timur Laut.

Pelajar Sekolah Menengah Agama (SMA) Tarbiah Islamiah itu berkata, minatnya terhadap tugas di masjid bermula selepas kerap mengikut bapanya, Sharulremy Shaharudin, 44, bersolat di Masjid Jamek Haji Kassim, Kampung Makam, manakala datuknya juga bilal di masjid itu.

Tertarik melihat datuknya melaungkan azan, Muhammad Harraz kemudian mula menunjukkan bakatnya bertaranum walaupun pada ketika itu pertuturannya masih pelat.

"Setahun kemudian, saya sertai kelas pengajian anjuran masjid itu yang turut disertai seramai lebih 20 kanak-kanak lain sekitar daerah Timur Laut dan diberi peluang menyertai pertandingan azan.

"Sudah banyak pertandingan yang saya sertai, namun di awal pembabitan, memang tidak pernah menang dan sedikit kecewa.

Ketika itu ayah pesan bahawa kalah atau menang bukan perkara utama tetapi ilmu serta pengalaman yang diperoleh dan apabila menang, jangan sesekali bersikap riak," katanya

Muhammad Harraz berkata, dia tidak mempunyai petua penjagaan suara yang khusus cuma mengamalkan minum air suam sebelum dan selepas bangun daripada tidur.

Katanya, sehingga kini dia sudah memenangi lebih 15 pertandingan azan di peringkat daerah dan negeri, selain dipilih menerima Anugerah Kanak-kanak Harapan Kariah Masjid Haji Kassim serta Tokoh Muazzin 2024.

"Setakat ini saya sudah mahir melaungkan sebanyak lima teknik taranum azan iaitu Makkah, Hijaz, Nahawand, Jiharkah dan Bayyati. Kemahiran yang saya ada bukan untuk bermegah tetapi sebagai pelapis untuk disambung generasi akan datang.

"Cita-cita saya mahu mahu sambung pengajian bidang syariah di Mesir dan mahu buka madrasah di sini bagi menyambung bakti di negeri kelahiran," katanya yang turut aktif dalam acara nasyid di sekolah.

Sementara itu, Sharulremy berkata, dia menyedari minat anaknya yang kerap menonton video laungan azan dan mempelajari sendiri lagu dan lenggok.

Katanya, Muhammad Harraz tidak mempunyai masalah dalam pembahagian masa antara tugas di masjid dengan persekolahan dan kini adik bongsunya, Muhammad Ali Naqiuddin, 7, turut menunjukkan minat yang sama.

"Usaha jawatankuasa masjid juga memainkan peranan penting dalam penganjuran pelbagai aktiviti bersama golongan muda dan wajar dipuji.

Ia bukan sahaja beri peluang kepada golongan muda ini menunjukkan kebolehan tetapi secara tidak langsung dapat 'tarik' mereka ke masjid," katanya.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2026/02/1511185/bilal-remaja-mahir-lima-teknik-taranum-azan





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-2-2026 05:58 PM GMT+8 , Processed in 0.045479 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list