CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 49227|Reply: 0

[Pulau Pinang] IKMa sasar 40 lokasi seluruh negara jayakan program JOM@COOP sepanjang Januari-Jun 2026

[Copy link]
Post time 16-2-2026 11:10 PM | Show all posts |Read mode
IKMa sasar 40 lokasi seluruh negara jayakan program JOM@coop sepanjang Januari-Jun 2026

Februari 16, 2026 @ 1:55pm




Pangarah IKMa Zon Utara, Yusnita Othman berucap pada Program Turun Padang JOM@COOP anjuran IKMa di Kepala Batas. - Foto FB



KEPALA BATAS: Institut Koperasi Malaysia (IKMa) menyasarkan 40 lokasi di seluruh negara bagi menjayakan Program Turun Padang JOM@COOP sepanjang enam bulan pertama tahun ini.

Inisiatif digerakkan IKMa itu untuk menggalakkan masyarakat menyertai dan memperkasa gerakan organisasi ekonomi milik bersama itu.

Pangarah IKMa Zon Utara, Yusnita Othman, berkata program itu aktiviti tahunan bertujuan menyebarkan maklumat program latihan dan bimbingan lebih awal agar warga koperasi, termasuk komuniti di pinggir dan luar bandar dapat merancang kehadiran ke program latihan berjadual mereka.

"Program ini juga platform IKMa mendekati komuniti koperasi bagi menyampaikan kelebihan berkoperasi dan manfaat yang diterima menerusi program latihan dan bimbingan," katanya dalam ucapan aluan Program Turun Padang JOM@COOP Peringkat Pulau Pinang anjuran IKMa, di sini.

Program dihadiri 200 peserta, iaitu Anggota Lembaga Koperasi (ALK), pihak pengurusan, Jawatankuasa Audit Dalaman dan anggota koperasi.

Sementara itu, Yusnita berkata, tahun ini istimewa bagi IKMa yang menyambut Jubli Platinum bertemakan 'Mendidik Koperasi Menjulang Legasi' sempena 70 tahun penubuhannya.

"Sepanjang perjalanan 70 tahun ini, kami berkembang sebagai sebuah institusi penting dalam memperkasa pembangunan modal insan koperasi negara.

Kami bukan sahaja pusat latihan dan pendidikan, malah berperanan sebagai pemangkin kepada kemajuan gerakan koperasi melalui pembangunan ilmu, kemahiran dan kepimpinan berterusan," katanya.

Mengenai program latihan dan bimbingan, beliau berkata, berdasarkan data 2025, sebanyak 650 program berjaya dilaksanakan sepanjang tahun lalu, meliputi latihan serta program bimbingan koperasi bersasar yang menekankan empat fokus utama.

Empat fokus itu ialah Pembangunan Kepimpinan Koperasi (PIMPIN) membabitkan 180 program; 230 program Asas Perniagaan Koperasi (TERAS); 200 program Khidmat Bimbingan Koperasi Bersasar (TEPAT) dan 40 program Belia dan Komuniti Koperasi (JATI).

Menurutnya lagi, program sijil eksekutif pula menyediakan latihan pensijilan profesional kepada ALK, pihak pengurusan dan anggota koperasi.

"IKMa juga menawarkan program e-learning, sebuah portal pembelajaran dalam talian yang membolehkan peserta mengikuti kursus, mengakses bahan pembelajaran serta menduduki ujian dalam talian tanpa perlu hadir secara fizikal," katanya.

Dari segi penyertaan pula, beliau menjelaskan, lebih 35,000 peserta dalam kalangan koperator di seluruh negara mengikuti latihan sepanjang tahun lalu, selain lebih 67,000 penerima manfaat daripada 252 koperasi yang dibimbing di bawah program koperasi bersasar.

https://www.bharian.com.my/berita/wilayah/2026/02/1510211/ikma-sasar-40-lokasi-seluruh-negara-jayakan-program-jomcoop-sepanjang





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-2-2026 05:58 PM GMT+8 , Processed in 0.241016 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list