CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 51595|Reply: 0

[Kedah] KPDN serah projek kampung, sekolah angkat MADANI di Tikam Batu, Sungai Petani

[Copy link]
Post time 16-2-2026 09:03 PM | Show all posts |Read mode
KPDN serah projek kampung, sekolah angkat MADANI di Tikam Batu, Sungai Petani

Oleh BERNAMA - Februari 16, 2026 @ 4:28pm





Ketua Setiausaha KPDN, Datuk Seri Mohd Sayuthi Bakar (tiga kanan) menyampaikan plak kepada penerima di Tikam Batu, Sungai Petani. - Foto ihsan FB KPDN Laman Rasmi



ALOR SETAR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menyerahkan Projek Kampung Angkat MADANI dan Sekolah Angkat MADANI KPDN Tahun 2025 di Tikam Batu, Sungai Petani, semalam.

KPDN dalam kenyataan, memaklumkan program itu inisiatif strategik kerajaan yang digerakkan selaras dengan semangat Malaysia MADANI dengan matlamat memperkukuh pembangunan luar bandar serta memperkasakan komuniti desa secara holistik dan mampan.

"Inisiatif ini juga menekankan pendekatan kolaboratif melalui penglibatan menyeluruh agensi kerajaan, sektor swasta, institusi pendidikan serta masyarakat setempat dalam merancang dan melaksanakan program pembangunan berimpak tinggi.

"Menerusi peruntukan RM1.1 juta yang disalurkan, KPDN berjaya melaksanakan empat projek fizikal dan masing-masing dua projek pembekalan kelengkapan serta program perkhidmatan komuniti di Mukim Tikam Batu dan Mukim Simpor," menurut kenyataan itu.

KPDN memaklumkan antara projek dan program Kampung Angkat MADANI ialah menaik taraf jalan kampung dan kantin Sekolah Kebangsaan (SK) Simpor, memasang 42 lampu solar serta membina pagar di sekitar Tanah Perkuburan Alor Bemban.

"Turut dilaksanakan ialah membekal dan memasang penyaman udara di masjid serta surau selain membekal dan memasang set pembesar suara di surau.

"Bagi program Sekolah Angkat MADANI, selain projek pembangunan KPDN turut menumpukan pada kerja penambahbaikan pembangunan sekolah di lokaliti berdekatan yang dapat memberikan impak tinggi terhadap pelajar secara langsung," menurut kenyataan itu.

Menerusi Program Sekolah Angkat MADANI di SK Tikam Batu, KPDN percaya pelaburan terbaik ialah menyediakan fasiliti pembelajaran selamat dan selesa dengan turut dilaksanakan ialah penggantian dinding kayu di tiga kelas kepada bata dan menggantikan pagar lama di prasekolah.

KPDN memaklumkan ia turut membekalkan aset bagi kemudahan dan kelengkapan untuk pengajaran dan pembelajaran serta melaksanakan program sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) untuk menggalakkan kanak-kanak menceburi bidang inovasi dan kemahiran.

"Pelaksanaan projek ini bukan sekadar pembangunan fizikal tetapi satu manifestasi daripada teras Malaysia MADANI iaitu ihsan dan kesejahteraan bagi memastikan tiada golongan terpinggir daripada arus pemodenan perdana.

"Pendekatan ini juga dirangka oleh kerajaan bagi memastikan manfaat pembangunan yang diberikan turut dirasai secara bersama-sama oleh seluruh lapisan masyarakat, khususnya komuniti luar bandar," menurut kenyataan itu.
– BERNAMA

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2026/02/1510286/kpdn-serah-projek-kampung-sekolah-angkat-madani-di-tikam-batu-sungai





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-2-2026 05:58 PM GMT+8 , Processed in 0.126379 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list