CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 16449|Reply: 0

[Kedah] Wanita tumbuk anggota polis, tendang pintu kaunter aduan diberkas

[Copy link]
Post time 16-2-2026 02:15 AM | Show all posts |Read mode
Keadaan pintu kaunter aduan di Balai Polis Sungai Kob, Kulim yang pecah akibat ditendang peniaga wanita pada kelmarin.





Wanita tumbuk anggota polis, tendang pintu kaunter aduan diberkas



  • Oleh NORLIDA AKMAR IDROS
  • 15 Februari 2026, 6:26 pm




KULIM – Seorang peniaga wanita ditahan selepas dipercayai membuat provokasi termasuk mengeluarkan kata-kata kesat, memaki dan menumbuk anggota polis di Balai Polis Sungai Kob, di sini kelmarin.

Dalam kejadian pada pukul 3.30 petang itu, suspek yang berusia 32 tahun didakwa menumbuk seorang anggota polis berpangkat lans koperal yang cuba menenangkannya.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kulim, Deputi Superintendan Tengku Mohd. Faisal Tengku Yeng berkata, suspek turut memaki seorang lagi anggota yang berpangkat koperal dan seterusnya menendang pintu kaunter aduan sehingga pecah.

“Pemeriksaan mendapati wanita itu tidak mempunyai rekod jenayah dan bebas mengambil bahan terlarang.

Suspek direman tiga hari bermula semalam dan dijangka dituduh di Mahkamah Kulim esok di bawah Seksyen 90 Akta Polis 1967 serta Seksyen 332 dan 426 Kanun Keseksaan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

https://www.kosmo.com.my/2026/02/15/peniaga-wanita-maki-tumbuk-polis-dicekup/



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-2-2026 02:36 AM GMT+8 , Processed in 0.124791 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list