CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 26466|Reply: 3

[Pulau Pinang] 8.1 juta sudah tebus SARA RM100, jumlah perbelanjaan cecah RM780 juta - Amir Hamzah

[Copy link]
Post time 15-2-2026 02:07 PM | Show all posts |Read mode
8.1 juta sudah tebus SARA RM100, jumlah perbelanjaan cecah RM780 juta - Amir Hamzah

Siti Aminah Mohd Yusof[email protected]





AMIR Hamzah Azizan. FOTO Bernama




Balik Pulau: Seramai kira-kira 8.1 juta rakyat di negara ini sudah menebus Sumbangan Asas Rahmah (SARA) bernilai RM100 dengan jumlah perbelanjaan mencecah hampir RM780 juta setakat Jumaat lalu.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, angka itu direkodkan dalam tempoh lima hari selepas bantuan berkenaan dikreditkan ke dalam MyKad semua warganegara Malaysia tanpa mengira pendapatan dan latar belakang, 9 Februari lalu.

Beliau berkata, kadar penebusan tinggi dalam tempoh singkat membuktikan sambutan amat menggalakkan terhadap inisiatif berkenaan sekali gus mencerminkan keperluan rakyat terhadap bantuan bersasar yang disediakan kerajaan dalam usaha mengurangkan tekanan kos sara hidup.

"Kalau kita tengok kali ini kita sudah melebarkan kategori barangan yang boleh dibeli seperti barangan makanan sejuk beku sudah mula dibuka.

"Jadi kita lihat penerimaan bagi kategori itu sambutannya amat baik sekali selain banyak perkara baru yang dirasakan oleh rakyat," katanya kepada pemberita selepas meninjau Projek Kampung Angkat MADANI Pulau Betong, di sini, hari ini.

Mengulas sama ada beliau sendiri menebus SARA, Amir Hamzah berkata, terdapat individu berkemampuan memilih untuk tidak menebus bantuan berkenaan dengan sebanyak RM150 juta lebihan dana tahun lalu telah disalurkan kepada program membabitkan golongan rentan, termasuk orang kurang upaya (OKU) serta membiayai peralatan perubatan untuk pesakit kronik.

"Dalam pendekatan kerajaan, kita bagi SARA untuk semua, tetapi untuk mereka yang mungkin sudah ada kemampuan sendiri, mereka tidak gunakan SARA macam saya tahun lalu saya tak pakai jadi lebihan itu kita pulangkan kepada rakyat yang lebih terbeban," katanya.

Beliau ketika ditanya mengenai hala tuju bantuan tunai pada masa depan berkata, kerajaan ketika ini memberi fokus kepada reformasi fiskal dan penyasaran subsidi bagi memastikan segala peruntukan disalurkan secara optimum kepada golongan sasar.

Menurutnya, sebagai contoh, penyasaran subsidi diesel dan petrol berjaya menghasilkan penjimatan yang kemudiannya diagihkan semula kepada program bantuan rakyat termasuk peningkatan peruntukan bantuan tunai.

Beliau berkata, peruntukan bantuan tunai meliputi SARA dan Sumbangan Tunai Rahmah kini mencecah kira-kira RM15 bilion menunjukkan peningkatan berbanding RM6 bilion Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) dan RM8 bilion peruntukan Bantuan Keluarga Malaysia suatu masa dahulu.

"Dalam masa sama, kerajaan turut memperkukuh usaha meningkatkan pendapatan rakyat melalui kenaikan gaji minimum kepada RM1,700 selain pelarasan gaji penjawat awam sehingga kenaikan purata 15 peratus dalam tempoh dua tahun," katanya.

"Juga untuk mereka yang bekerja dalam GLIC (Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan) kita kita sudah berganjak daripada gaji minimum sebagai tahap paling rendah kepada gaji wajar jadi untuk GLIC sudah mula menyambut gaji wajar sebanyak RM3,100 sebagai gaji minimum untuk mereka.

"Kita harap dengan signal yang kerajaan lakukan begini, syarikat swasta digalakkan mengikut pendekatan kerajaan yang mana lebih banyak pekerja akan mendapat penggajian lebih baik untuk menangani isu-isu yang ada sekarang," katanya.



Disiarkan pada: Februari 15, 2026 @ 1:58pm

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2026/02/1323135/81-juta-sudah-tebus-sara-rm100-jumlah-perbelanjaan-cecah-rm780-juta-amir




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-2-2026 10:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Yes..
X claim rugi..

Claim jgn x claim..
Boleh bli mcm2..

Saya sudah...mod dah claim belum?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-2-2026 11:18 PM | Show all posts

belum claim lg.

Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2026 05:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Belum claim lagi...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-2-2026 02:36 AM GMT+8 , Processed in 0.054653 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list