CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 25052|Reply: 1

[Kedah] Perubahan kecil beri kesan besar kepada penduduk Kampung Jilid 8

[Copy link]
Post time 15-2-2026 12:58 PM | Show all posts |Read mode
Perubahan kecil beri kesan besar kepada penduduk Kampung Jilid 8

Noorazura Abdul Rahman[email protected]





KEADAAN jeti baharu yang dibina di Kampung Jilid 8 selepas ia dipilih sebagai Kampung Angkat Madani (KAM). FOTO Noorazura Abdul




Sungai Petani: Kampung Jilid 8 kini menikmati perubahan ketara apabila pelbagai kemudahan asas yang sekian lama dinantikan akhirnya direalisasikan, sekali gus mengubah rutin harian penduduk setempat.

Pembangunan yang dilaksanakan turut mengambil kira kebergantungan komuniti terhadap sungai serta hasil alam sebagai sumber rezeki utama mereka.

Inisiatif ini dilaksanakan menerusi Program Kampung Angkat Madani (KAM) yang diperkenalkan dalam Belanjawan 2024 bagi merapatkan jurang pembangunan antara bandar dan luar bandar melalui pendekatan menyeluruh kerajaan.

Pelaksanaannya membabitkan semua kementerian dan agensi termasuk Jabatan Peguam Negara (AGC) dalam melaksanakan projek serta menyelaras keperluan di kampung angkat masing-masing dengan peruntukan sehingga RM2.5 juta bagi setiap kampung.

Manakala Kementerian Kewangan bertindak sebagai peneraju dan ICU, Jabatan Perdana Menteri sebagai pemantau.

Antara kemudahan yang dibangunkan ialah pembinaan jeti nelayan, kerja naik taraf jalan dan jambatan, penambahbaikan padang bola serta pemasangan lampu jalan.

Usaha ini bukan sahaja memudahkan urusan harian penduduk, malah meningkatkan aspek keselamatan dan kesejahteraan komuniti secara keseluruhan.

Bagi nelayan sungai, Mohd Asri Said, 51, berkata pembinaan jeti baharu di bawah KAM memberi perubahan besar kepada kehidupan nelayan di kampung itu.

"Sekarang kerja jadi lebih teratur dan hasil saya lebih baik berbanding dulu.

Kami memang rasa dihargai apabila keperluan ini diberi perhatian.

"Dulu kami terpaksa tambat bot pada pokok bakau, kena tunggu air pasang, sekarang semua jadi lebih teratur apabila adanya jeti," katanya yang sudah 15 tahun mencari rezeki dengan menangkap udang dan ketam nipah.

Perubahan itu bukan hanya dirasai Mohd Asri, malah turut memberi manfaat kepada kira-kira 40 nelayan di Kampung Jilid 8.

Setiausaha Majlis Ketua Kampung (MKK) Kampung Jilid 8, Abu Mukhtar Mustafa, 71, berkata projek jeti itu adalah antara keperluan utama yang dibangkitkan penduduk sebelum kampung ini dipilih sebagai Kampung Angkat Madani.

"Cadangan ini datang daripada penduduk sendiri dan dibincangkan secara terbuka sebelum dibawa ke peringkat pelaksanaan.

"KAM memberi ruang kepada kampung untuk menyuarakan apa yang benar-benar diperlukan," katanya.

Sementara itu, Pengerusi MKK Kampung Jilid 8, Mohd Razi Othman, 56, berkata jalan yang dinaik taraf memberi keselesaan kepada penduduk termasuk pelajar, warga emas dan pengguna motosikal.

"Sekarang laluan lebih selesa dan selamat, urusan harian pun jadi lebih lancar.

"Jalan penghubung ke kampung berhampiran juga dinaik taraf supaya pergerakan penduduk tidak terganggu," katanya.



Selain itu, Mohd Razi berkata pemasangan 60 unit lampu solar turut menjadikan kawasan kampung lebih terang dan selamat terutama pada waktu malam.

Malah, katanya, jambatan dan padang bola turut dinaik taraf untuk kemudahan penduduk.

Menurut Mohd Razi, inisiatif KAM bukan sekadar membina kemudahan fizikal, tetapi mengukuhkan kerjasama antara kepimpinan kampung dan penduduk.

Katanya, usaha berkenaan membuahkan hasil apabila Kampung Jilid 8 diiktiraf sebagai Kampung Angkat Madani Terbaik pada Simposium Pembangunan dan Anugerah Pembangunan Negara 2025.

Suri rumah, Rahimah Ramli, 49, berkata perubahan yang dibuat memberi kesan besar kepada kehidupan seharian keluarganya.

"Sekarang jalan lebih terang dan lebih lebar sedikit berbanding yang lama, urusan hantar dan ambil anak ke sekolah pun jadi lebih mudah.

"Kalau terpaksa keluar malam pun, jalan sudah terang dan penduduk tak perlu bimbang terbabas ke dalam sawah," katanya.

Ibu kepada empat orang anak ini berkata, dia sangat berharap kampung itu terus mendapat perhatian kerajaan bagi membantu meningkatkan ekonomi setempat dan kesejahteraan komuniti.

"Sekarang nampak aktiviti penduduk lebih tersusun dan lancar, anak-anak muda juga dapat beriadah di padang yang dinaik taraf, ia secara tidak langsung mengurangkan gejala sosial kerana masa lapang mereka diisi dengan aktiviti berfaedah.

"Kami sebagai penduduk sangat bersyukur kerana kemudahan yang disediakan memberi manfaat kepada komuniti setempat," katanya.



Disiarkan pada: Februari 15, 2026 @ 7:01am

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2026/02/1323002/perubahan-kecil-beri-kesan-besar-kepada-penduduk-kampung-jilid-8




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-2-2026 01:00 PM | Show all posts
JETI baharu siap dibina di Kampung Jilid 8.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-2-2026 02:36 AM GMT+8 , Processed in 0.072348 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list