CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 21313|Reply: 1

[Tempatan] Nadir bumi: Bukan hanya ekonomi, keseimbangan alam sekitar perlu diberi perhatian

[Copy link]
Post time 14-2-2026 02:16 PM | Show all posts |Read mode

KUALA LUMPUR:Usaha untuk melombong elemen nadir bumi (REE) tidak seharusnya hanya tertumpu kepada faedah yang diperolehi dari sudut ekonomi semata-mata.

Sebaliknya Pensyarah Fakulti Teknologi Kejuruteraan Kimia & Proses, Universiti Malaysia Pahang (UMP), Prof Madya Dr Mohamad Rizza Othman berkata, aspek keseimbangan alam sekitar dan tanggungjawab sosial juga sewajarnya diberi perhatian.

Jelas beliau, pengalaman di beberapa negara seperti China menunjukkan bahawa aktiviti perlombongan elemen REE terbukti memberi kesan besar kepada alam sekitar.

“Banyak artikel sama ada akhbar atau artikel saintifik menyatakan bahawa nadir bumi ada kesan terhadap alam sekitar.

“Kes seperti di China dan Mongolia, pada tahun 2010 negara-negara ini telah mengharamkan perlombongan haram ataupun perlombongan yang kecil-kecilan, dan mereka menumpukan kepada satu perlombongan yang lebih lestari supaya mengawal dan menyelia aktiviti perlombongan tersebut,” katanya kepada Astro AWANI, di sini pada Sabtu.

Rabu lalu, kerajaan Kedah memaklumkan telah menandatangani satu perjanjian dengan sebuah syarikat usaha sama berpangkalan di Kuala Lumpur untuk melombong elemen REE, yang dianggarkan bernilai sehingga RM62 bilion.

Mengulas lanjut, Mohamad Rizza tidak menafikan bahawa industri tersebut mempunyai prospek ekonomi yang besar.

Katanya, REE jenis serium dan lantanum mendapat permintaan tinggi dalam industri petrokimia dan permotoran.

"Dijangkakan 20 hingga 25 tahun akan datang permintaannya akan melonjak 700 peratus, dan ia memang tinggi, itu belum lagi usul-usul lain.

“Ini menjadikan permintaan terhadap nadir bumi sangat tinggi dan banyak negara mencari alternatif selain China sebagai pembekal utama nadir bumi  buat masa ini,” katanya.

https://www.astroawani.com/berit ... ri-perhatian-271697

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-2-2026 11:38 PM | Show all posts
Environment very important to take care of.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-2-2026 04:25 PM GMT+8 , Processed in 0.263921 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list