Edited by anna320 at 15-2-2026 12:42 PM
Kerajaan dikatakan sedang mengkaji semula mekanisme bayaran bantuan sara hidup (SARA) dan subsidi untuk memastikan bantuan lebih tepat sasaran. Kajian ini menyusul aduan mengenai ketidakcekapan dan kebocoran dalam sistem semasa.Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, berkata fokus adalah untuk memastikan golongan yang benar-benar memerlukan tidak tercicir. Beliau menjangka keputusan mengenai penambahbaikan sistem akan diumumkan dalam masa terdekat.
|