CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 10681|Reply: 0

[Sarawak] Kanak-kanak perempuan mangsa dera ibu angkat di bawah perlindungan JKM

[Copy link]
Post time 10-2-2026 09:27 AM | Show all posts |Read mode


Nancy bercakap kepada pemberita ketika ditemui pada Program Dayung Warisan di Old Court House, Kuching.

KUCHING: Kanak-kanak perempuan yang menjadi mangsa dera ibu angkatnya di Saratok kini berada di bawah perlindungan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), kata Dato Sri Nancy Shukri.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu berkata pegawai pelindung JKM telah digerakkan dan kini bersama mangsa yang sedang menerima rawatan lanjut di Hospital Sarikei.

“Pegawai pelindung kita sudah berada bersama mangsa dan mangsa tidak dibenarkan menerima sebarang lawatan demi keselamatan dan kesejahteraannya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Penutupan Program Dayung Warisan  di Old Court House di sini hari ini.

Menurut Nancy, kes berkenaan telah diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut dan kementeriannya memberi jaminan bahawa kebajikan mangsa menjadi keutamaan.

Beliau turut menyeru masyarakat agar tidak memandang ringan isu penderaan kanak-kanak dan segera melaporkan sebarang bentuk keganasan yang disyaki berlaku dalam komuniti.

Nancy turut menekankan peranan talian bantuan 15999 sebagai saluran penting untuk mendapatkan perlindungan segera, termasuk bagi kanak-kanak yang menjadi mangsa keganasan dalam lingkungan keluarga.

Dalam pada itu Ketua Polis Saratok DSP Mathew Manggie dalam satu kenyataan semalam berkata seorang wanita berusia 47 tahun telah ditahan selepas disyaki menganiaya anak angkatnya sehingga menyebabkan kecederaan fizikal dalam satu kejadian di Taman Kim Hin, Saratok.

Kes berkenaan katanya, disiasat di bawah Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001 selepas satu laporan polis dibuat pada 7 Februari 2026 oleh seorang guru yang bimbang akan keselamatan mangsa.

Pemeriksaan lanjut ke atas mangsa yang berusia 11 tahun mendapati terdapat kesan lebam di pipi kanan serta cabar di bahagian dahi dan belakang badan dan doktor mengesahkan mangsa mengalami kecederaan tisu lembut di bahagian belakang badan dan muka.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2026 11:32 AM GMT+8 , Processed in 0.648622 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list