CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 30163|Reply: 0

Penganggur sanggup memandu kereta sejauh 189km, pecah masuk 3 rumah

[Copy link]
Post time 9-2-2026 05:05 PM | Show all posts |Read mode




MUAR – Seorang penganggur sanggup memandu kereta sejauh kira-kira 189 kilometer (km) semata-mata untuk melakukan kegiatan jenayah memecah masuk tiga buah rumah dalam kejadian di Taman Pagoh Jaya, di sini, semalam.

Usaha lelaki 29 tahun itu bagaimanapun sia-sia apabila dia diberkas penduduk pada pukul 5 petang ketika sedang melakukan kegiatan tidak bermoral terbabit.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata, hasil siasatan awal mendapati suspek bergerak menaiki kenderaan bersendirian dari Kuala Lumpur disyaki menceroboh kawasan kediaman beberapa rumah.

“Modes operandi suspek adalah dengan cara memanjat pagar dan tembok, selain merosakkan tombol pintu geriji sebuah rumah. Suspek juga telah memukul seorang mangsa lelaki sehingga menyebabkan kecederaan ringan di bahagian muka.

“Bertindak atas maklumat awam, anggota Rondaan Cegah Jenayah (RCJ) Balai Polis Panchor dengan bantuan RCJ Balai Polis Pagoh telah berjaya membuat tangkapan suspek di tempat kejadian,”katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Suspek ditahan reman selama empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan dibawah Seksyen 448, Seksyen 323, Seksyen 447 dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan.


Sumber: – KOSMO! ONLINE
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2026 11:32 AM GMT+8 , Processed in 0.130472 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list