CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 31742|Reply: 0

[Sarawak] Kolej Universiti New Era peruntuk RM350,000 laksana biasiswa khas untuk pelajar Sarawak

[Copy link]
Post time 9-2-2026 03:33 PM | Show all posts |Read mode


Wong semasa menyertai program mengagihkan limau mandarin serta sampul angpau anjuran SUPP Sibu kepada pengunjung dan penjaja di Pasar Sentral Sibu, hari ini.

SIBU: Kolej Universiti New Era di Kajang, Selangor akan memperuntukkan sebanyak RM350,000 bagi melaksanakan program biasiswa khas untuk menyokong pelajar cemerlang dari Sarawak melanjutkan pengajian ke institusi tersebut.

Pengerusi Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Dudong, Wong Ching Yong, berkata peruntukan itu melibatkan pemberian RM50,000 setahun bermula 2026 hingga 2032, sekali gus menjadikan program biasiswa selama tujuh tahun itu antara inisiatif jangka panjang bagi pembangunan bakat anak Sarawak.

"Biasiswa yang dinamakan “Memberi Kembali kepada Masyarakat, Memupuk Bakat” itu ditawarkan tanpa mengira kaum dan agama, dengan sasaran kepada pelajar Sarawak yang menunjukkan prestasi akademik cemerlang.

"Selepas perbincangan dan pertimbangan bersama pihak pengurusan, Kolej Universiti New Era menetapkan nilai biasiswa sebanyak RM5,000 bagi setiap penerima, yang membolehkan 10 pelajar Sarawak menerima manfaat setiap tahun," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Wong turut merakamkan penghargaan kepada Kolej Universiti New Era atas kepercayaan yang diberikan kepadanya untuk menyelaras serta mengagihkan kuota biasiswa tersebut kepada pelajar Sarawak.

Mengulas syarat kelayakan, beliau berkata pemohon mestilah diterima masuk ke mana-mana kursus yang ditawarkan oleh Kolej Universiti New Era serta memenuhi syarat kemasukan yang ditetapkan.

Bagi pemohon kursus ijazah, lepasan UEC perlu memperoleh sekurang-kurangnya lima gred B, manakala lepasan SPM yang memohon kursus Asasi hendaklah mempunyai sekurang-kurangnya lima kredit, selaras dengan ketetapan Kementerian Pendidikan Malaysia.

Wong berkata, inisiatif tersebut sejajar dengan dasar dan hala tuju pendidikan Sarawak yang menekankan pembangunan modal insan, sebagaimana digariskan oleh Premier Sarawak.

"Kolej Universiti New Era sentiasa mengambil berat terhadap pembangunan bakat di Sarawak. Penubuhan biasiswa khas ini membuktikan sokongan praktikal institusi tersebut dalam membantu pelajar Sarawak melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi," jelasnya.

Beliau menegaskan bahawa pendidikan merupakan kunci utama untuk mengubah masa depan seseorang, selain mampu meringankan beban kewangan keluarga.

"Kami berharap biasiswa ini dapat membantu ibu bapa serta memberi peluang kepada lebih ramai anak muda Sarawak merealisasikan impian ke universiti dan seterusnya menyumbang kembali kepada negeri selepas tamat pengajian," tambahnya.

Permohonan bagi Biasiswa “Memberi Kembali kepada Masyarakat, Memupuk Bakat” dibuka sehingga 28 Februari 2026.

Mereka yang berminat boleh menghubungi Wong di talian 084-311299 atau melalui e-mel [email protected] untuk maklumat lanjut.

Maklumat berkaitan fakulti dan kursus yang ditawarkan oleh Kolej Universiti New Era boleh diperoleh melalui laman web rasmi www.newera.edu.my.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2026 11:32 AM GMT+8 , Processed in 0.555248 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list