CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 26131|Reply: 0

[Sarawak] PGA Sarawak rampas mercun dan bunga api bernilai kira-kira RM3.18 juta

[Copy link]
Post time 9-2-2026 11:33 AM | Show all posts |Read mode


KUCHING: Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Sarawak merampas pelbagai jenis mercun dan bunga api tanpa permit sah dengan nilai keseluruhan kira-kira RM3.18 juta dalam enam serbuan menerusi Ops Taring Charlie di beberapa daerah di negeri ini.

Komander PGA Briged Sarawak SAC Lim Bak Phai (gambar) berkata, kejayaan itu direkodkan dalam serbuan pada 5 hingga 7 Februari 2026.

Beliau berkata dua serbuan yang dijalankan di daerah Padawan membawa kepada penahanan tiga lelaki warga tempatan berumur antara 31 hingga 42 tahun dengan rampasan pelbagai jenis mercun dan bunga api berjumlah 3,922 unit serta sebuah kenderaan melibatkan nilai rampasan keseluruhan RM1,795,690.



Pelbagai jenis mercun dan bunga api yang dirampas dalam salah satu serbuan dilancarkan PGA Briged Sarawak menerusi Ops Taring Charlie di beberapa daerah di negeri ini. - Gambar PGA Briged Sarawak

"Manakala satu serbuan masing-masing di daerah Kuching, Serian, Sibu dan Miri telah menahan lima lelaki warga tempatan berumur antara 22 hingga 70 tahun bersama rampasan pelbagai jenis mercun dan bunga api.

"Nilai keseluruhan rampasan bagi keempat-empat serbuan tersebut dianggarkan RM1,390,608," katanya menerusi kenyataan hari ini.



Pelbagai jenis mercun dan bunga api yang dirampas dalam salah satu serbuan dilancarkan PGA Briged Sarawak menerusi Ops Taring Charlie di beberapa daerah di negeri ini. - Gambar PGA Briged Sarawak

Lim berkata kesemua tangkapan dan rampasan telah diserahkan kepada ibu pejabat polis daerah berkaitan untuk tindakan lanjut dan siasatan lanjut di bawah Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957.

"Polis Diraja Malaysia (PDRM) menasihati semua peniaga mercun dan bunga api supaya mematuhi peraturan serta undang-undang berkuat kuasa serta hanya menjalankan penjualan mengikut permit dan kelulusan sah," tegasnya.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
berita malam seram:pocong parit buntar tumpas.jadi bahan jenaka Public Health Malaysia
YgBenarberita malam seram:pocong parit buntar t
Views : 26392 Replies : 23
Kaka Sotong2..What happened to you??Lupa tukar MN ke?
Julia_RaessKaka Sotong2..What happened to you??Lupa
Views : 14203 Replies : 288
Najib 'sangkut' ke semua tuduhan kes 1MDB
maklukpenggodaNajib 'sangkut' ke semua tuduhan
Views : 67148 Replies : 48
Najib Masih Mahu Jadi Tahanan Rumah
MahathirinaNajib Masih Mahu Jadi Tahanan Rumah
Views : 1522 Replies : 10
EPSTEIN FILES PT.2:  Nama Trump naik lagi bersama Tok Arab, David Copperfield, founder Victoria Secret...etc
Tumpang-SibokEPSTEIN FILES PT.2: Nama Trump naik lag
Views : 10530 Replies : 1
Welcome to The Holy Land...
Tumpang-SibokWelcome to The Holy Land...
Views : 23710 Replies : 9
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 57513 Replies : 1092
WUTHERING HEIGHTS
SY_MumiWUTHERING HEIGHTS
Views : 350 Replies : 3
THE BRIDE!
SY_MumiTHE BRIDE!
Views : 281 Replies : 2
Guru tuisyen wanita maut jatuh tingkat 17 kondominium
ultra78Guru tuisyen wanita maut jatuh tingkat 1
Views : 30822 Replies : 8

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2026 06:29 AM GMT+8 , Processed in 0.073759 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list