|
View: 10545|Reply: 0
|
Ayda Jebat Jadi Inspirasi Ibu Bersalin Caesar – ‘Sejujurnya Saya Sangat Takut Tapi Terpaksa Sebab Posisi Bayi Songsang’
[Copy link]
|
|
|
Pelakon dan penyanyi, Ayda Jebat meluahkan rasa sebak membaca hantaran seorang ibu yang menjadikan dirinya sebagai sumber inspirasi bersalin secara pembedahan Caesar (C-section).
Menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram Story (IGs), Ayda atau nama lengkapnya Nur Suhada Jebat, 33, berkongsi luahan seorang individu yang bakal bersalin buat pertama kali secara Caesar.
Menurut individu terbabit, pelantun lagu Pencuri Hati itu menggambarkan keadaan bersalin secara Caesar tidak seperti yang didengari mahupun dilihat di media sosial.
" ertama sekali saya nak bagitahu yang Ayda jadi sumber inspirasi untuk Caesar kali ini (pertama kali)."
Sejujurnya saya sangat takut tapi terpaksa sebab posisi bayi songsang.
Saya sangat takut dengan macam-macam pengalaman orang lain. Tapi sering ingatkan diri, Ayda happy dan sihat saja walaupun dah beberapa kali Caesar.
Terima kasih banyak kerana jadi inspirasi."
Dalam pada itu, Ayda memaklumkan bahawa setiap individu memiliki pengalaman tersendiri sekali gus meluahkan rasa syukur atas kemudahan buatnya untuk bersalin.
Selain itu, Ayda sempat menitipkan doa buat individu tersebut agar dikurniakan perjalanan yang lancar untuk bersalin secara Caesar.
"Nak nangis jap baca.
Mummy yang kuat! Moga yang baik-baik buat mummy, bayi dan keluarga.
Lain orang lain pengalaman. Rezeki Allah mudahkan urusan bersalin."
Sumber: Instagram @aydajebat, Oh Bulan |
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|